Dalam kesibukan jadual harian dan assignment yang berlapis-lapis, saya masih lagi berusaha untuk menghabiskan kutaib ini. Kutaib yang dibeli di Maktabah Khalid Al Walid Deiry ini tidak disebutkan cetakannya. Tetapi muallif kitab ini ialah Allahyarham As Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad Az Zubairi. Salah seorang ulama besar yang muktabar di Yaman. Negara Yaman ini pula didiami oleh sebahagian besar pengikut-pengikut syiah walupun ianya syiah Zaidiyyah yang mana disebut didalam kutaib ini bukanlah dari golongan Raafidhah dan termasuk didalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sudah lama saya mencari maklumat yang agak jelas berkenaan syiah dan cabang-cabangnya. Membaca buku ini seperti membaca kitab hadith dek terlalu banyak dalil terutamanya dari Sohih Muslim dan Bukhari. Dalil nas Quran tak payah disebutlah bilangannya. Saya hairan bagaimana puak-puak Rafidhah dan baki cabang-cabang lain masih lagi barada dalam landasan mereka yang sekarang. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan sekadar membaca kutaib yang kecil ini, namun bukti dan dalil-dalil melalui sejarah dan pelbagai naqli yang mutawaatirah didalam kutaib ini pun bagi saya sudah cukup membuktikan segalanya. Bagaimana boleh seorang manusia yang mengaku berakal dan mencintai keluarga Baginda SAW boleh berpegang pada bukti hawa nafsu dan sejarah permusuhan semata-mata.
Ala kulli hal..Saya sangat tertarik dengan satu kisah perbualan yang disebut di dalam sekapur sireh kutaib ini.
Kisah ini diceritakan oleh Imam Ali bin Husin Zainal Abidin, cicit baginda Rasulullah SAW ketika mana datangnya satu puak dari Iraq ke Madinah bertemu dengannya dan mereka mencerca Abu Bakar dan Umar radhiallahuanhuma serta mereka-reka cipta cerita tentang Uthman r.a. Maka beliau bertanya kepada mereka, "Adakah kamu dari golongan Muhajirin yang disifatkan Allah SWT didalam AlQuran" :
Yang telah diusir keluar dari kampung halaman dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).
(Al Hasyr: 8)
Mereka menjawab " Bukanlah kami dari kalangan mereka".
Beliau bertanya lagi, "(Kalau bukan begitu) Maka kamu dari kalangan orang-orang yang disifatkan Allah"
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula didalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka didalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya
(Al Hasyr: 9)
Mereka menjawab lagi, " Bukanlah kami dari kalangan mereka".
Beliau lantas menyatakan, " Adapun sesungguhnya kamu semua telah terkeluar dari golongan kedua-dua tadi dan aku bersaksi bahawasanya kamu bukanlah daripada golongan ketiga (golongan yang datang selepas dari kaum Muhajirin dan Ansar dari kalang tabi'en dan selepasnya hingga ke hari kiamat) yang disifatkan Allah Azzawajalla" :
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami!, sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".
(Al Hasyr 10)
Akhirnya dengan tegas beliau menambah lagi, " Pergilah kamu dariku, Allah tidak akan mendekatkan diriNya pada rumah-rumah kamu. Sesungguhnya kamu semua hanya bertopengkan Islam dan sekali-kali bukan dari golongannya.

1 comments:
jie kalau ade kutaib bagus wat kelik la wi hadiah ke ana..hehe
Post a Comment