Thursday, June 11, 2009

Selamat Pengantin Baru Sahabatku Syam


Salam alaik pada semua.. Kepada sahabat-sahabat yaman yang ada di Malaysia..Inilah suasana kahwin sahabat kita Syamsul bin Musa yang telah selamat diijabkabulkan dengan Yasmin binti Ali awal bulan ini di kuaters kediaman pensyarah Malaysia di Yaman. Kahwin dengan anak pensyarah UST. Majlis kahwin orang Malaysia antara yang paling meriah di Yaman. Teringat ana majlis kahwin Zulhimi masa kat syria dulu. Kali ini lagi meriah. Kompang kahwin, berbalas pantun, silat, nasyid, tarian arab Yaman, pengantin pun siap menari lagi.hehe..macam2 adaa...Tetamu pun ramai sangat.Tokey madu Yaman. Memanglaa..masyuknya lebih. Majlis pun boleh buat besar-besaran.

Syam..syam..punyalaa usaha dulu nak kahwin dengan arab.last2..dengan orang Malaysia jugak jodohnya.
Dia pernah cerita dengan saya, antara sebab Allah tak bagi dia jodoh dengan arab sebab doa mak dia. Mak dia walaupun dulu izinkan dia kawin dengan arab, tapi dalam masa yang sama mak dia hari2 doakan dia tak jadi kawin dengan arab. Sebab itulaa dia punyalaa cari..guna syeikh arablaa..mcm2 cara. Tak jadi jugak. Padahal setakat nak cari muslimah arab ni bukan payah sangat. Orang Malaysia yang nak taqdim. Memang ramai yang berebut, hehe. Itulah berkatnya doa ibu.~Allah.

Apa2pun..selamat pengantin baru buat Syam. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia ke anak cucu dan ke syurga. Lahirkan jilul mujaahid InsyaAllah...Jangan lupa madu setengah kilo yang enta janji nak bagi kat team nasyid masa majlis enta tuh.hehehe..

Saya uplaodkan gambar2 kahwin dia sikit2 untuk tatapan sahabat2.


Barakallahu Lakuma Wajam'akuma Fi Alfi-Alfi Khair..

2 comments:

Anonymous said...

selamat pengantin baru untukku jua..huhu

Hamba Allah said...

alfuk mabruk!!

meriahnye..
doa ibu sentiasa dimakbulkan..

salam ukhwuah

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .