Monday, December 15, 2008

Sambutan Aidil Adha PERMAYA 08


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...

Sekalian puja puji dan kebesaran hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam..Inilah dia kemeriahan sambutan Aidil Adha di bumi Yaman. Bermula jam 6.30 pagi lagi sudah gegak gempita laungan takbir berkumandang dipelusuk bumi Yaman. Pada hari itulah juga sekalian manusia di bumi Makkah berbondong-bondong berkumpul di Mina menginsafi diri dan mengisytiharkan perang sehingga mati kepada Syaitan dan Iblis laknatullah.

Bagi mujahid-mujahid ilmi di bumi Yaman ni..Kesempatan ini diraikan penuh bermakna dengan sambutan Aidil Adha di dewan kuaters bangunan pensyarah Malaysia di Yaman. Bermula dengan takbir dan solat bersama-sama hinggalah kepada menyembelih lembu kambing dan memakannya. Alhamdulillah tahun ini Permaya berjaya menumbangkan 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Penuhlaa..peti kami di hostel tu dengan daging. Tahanlaa...2 minggu kot. Ala kulli hal, saya tak nak berceloteh panjang. Cuti ni tak sempat nak update blog ni panjang2.Tak boleh rehat sangat sebab selepas cuti ni ada imtihan nisfi..Letih2 nak kena study banyak2...Benkyo!!..Benkyo!!...Apa2 pun..gambar2 nilaa..yg boleh saya uploadkan bagi banyak skit entry kali ini..

Ok..Salam Aidil Adha..Sesungguhnya Pengorbanan dan Perubahan Agenda Bersama..


Takbir dan Tahmid beramai2...Sayu...
Khutbah Hari Raya oleh Ust Mujiburrahman Ishak.Bekas calon PAS kaw Chenor,Pahang

Bergambar bersama Tuan Abd Samad, Duta besar Msia di Yaman

Tumbang!..tumbang!..Tumbang lembu!!..Allahuakbar..Kelihatan anggota Unit Amal yg berdedikasi walau dimana berada..hehehe...Tabik Unit Amal!!.
Mula mencinang dan melapah mangsa..har..har..
Serius..serius..Teka, apa yg sedang dilihat dan dipegang tu??..
Dah tinggal tulang daa...

Last program..memakan mangsa beramai-ramai...Alhamdulillah..

1 comments:

Ibn al Haramain said...

ji..guana gak kurus d
sgt mg lor ni??makelah banyok sikit.gomo parok sikit lembu kambing tu.hehehe

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .