Monday, February 2, 2009

Askar Kenit??..

Salam alaikum…

Bertemu kembali di arena perblogan ini..Lama sangat dah saya tinggalkan blog ni bersawang-sawangan..huhuhu..Nak kata sibuk, memang sibuk bangat!. Nak kata tak sibuk..Pheww!!..Sibuuuk. Kehidupan student luar negara ni tak tahu apa yang sibuk sangat, tapi yang pasti memang sibuk. Macam-macam urusan yang disibukkan. Tapi bila difikirkan, seperti kata antusufi dalam blognya, naqlan dari kata budakgemok…"Hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa".Huhuhu...Ape-ape ajelaaa…Yang penting, sibuk itu memang best!!.

Macam-macam peristiwa yang berlaku dalam fatrah sebulan sibuk ni..Hal Gaza, Abah ke Palestin, kemenangan bergaya Pas di PRK Kuala Terengganu, imtihan nisfi, urusan persekolahan Koneng yang bermacam-macam ujian, sahabat junior Allahyarham Hatta meniggal di Mesir dan macam-maaaacam lagi. Tak sangka dalam masa sebulan tu banyak sangat perkara yang berlaku. Sekarang jadual exam akhir sem ni dah keluar.16 hb 2 sampai 1 hb 3 ni. Saya yang ambil maqasah ni terpaksa struggle lebih dari orang lain. Tapi inilah keseronokan hidup sebagai student…Pelbagai perkara mesti ditempuhi. Asam garam manis kehidupan untuk persediaan kehidupan di medan akan datang..

Dalam pening dan letih-letih otak ni, mujurlah ada seorang sahabat hantarkan gambar anak-anak saudara di Malaysia. Bak kata Ateh, askar kenit!.Hehehe..Betullah kata orang, tengok muka orang yang tak ada dosa ni boleh menyejukkan hati..Nabhan dah masuk umur 3 tahun. Sanah Hilwah Ya Nabhan!!. Tinggi pun dah masuk 191 cm. Hehehe..makin nakal. Umai pulak dah pandai berdiri. Ntah boleh berjalan ke tidak lagi. Nampak berjuruh sangat budak ni sorang…Semoga kalian menjadi pembawa panji-panji Islam di akhir zaman yang penuh mencabar ini.

2 comments:

saffa@srar said...

..lagi sejuk hati bila dorg pakai baju syria tu..cute sgt! huhu

CoOkiE MoNSter said...

cutenyeee....dah besar dah aisyah humaira ye. Kem salam die..hehe.

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .