Tuesday, February 3, 2009

Kembara Aden – Negeri Pesisir Pantai

Kali ini saya berjalan lagi…Kali ini anjuran UST (University Of Science & Technology) atau nama arabnya Jamiatul Ulum wa Teknologia. Biasala..time-time dekat nak exam akhir nilaa..para pensyarah suruh kita pergi berjalan sebelum masuk fatrah struggle exam. Pelik, biasanya orang berjalan lepas exam. Ape2 jelaa..yang penting boleh berjalan. Semua Unv tanggung pulak tu. Cuma kena bayar 1000 RY je. (padahal awal-awal tahun lagi dah bayar yuran ansyitah 8000 RY, Ulum ni memang hampeh!.) Semua peserta hanya dari fakulti sastera kuliyah Dirasat Islamiah. Kuliyah yang lain katanya semua dah pergi.

Perjalanan dari Sana'a ke Aden mengambil masa 9 jam. Bayangkanlah duduk dalam bas sampai 9 jam. Sangat-sangat meletihkan. Dahlaa sepanjang perjalanan tu hanya ditemani bukit-bukit batu, jurang-jurang dan kampung-kampung arab yang kelihatan sangat purba. Nasib baiklaa..aktiviti dalam bas pun agak best. Member Kosovo yang gila-gila tu pun boleh tahan. Pantang berenti mana-mana, mesti nak berjoget. Kat tandas awam, surau, restoran, stesen minyak. Huh!!.Agaknya kat negara diorang ni memang dah budayanya kalau seronok msti nak berjoget. Tapi seni jugak tarian adat diorang ni. Ada gaya jugaklaa..Tapi ada rupa tarian Yaman sikit, Cuma tak pakai jambia je. Kita orang Malaysia ni sapelaa…sangat yang tau tarian zapin kan?. Dahla lembut semacam je. Hehe..

Sampai di Aden jam 1.30 pagi. Ingat Unv dah buat urusan hotel. Rupanya sampai sana baru nak buat urusan cari hotel. Adusss…Arab ni mana-mana pun urusannya lembap. Dipendekkan cerita, last-last tido atas pasir tepi pantai. Letih punya pasal, tak de hal laa…Member2 semua berjihad dengan nyamuk. Tapi ntahlaa…,rasanya tak de pun nyamuk yang berkenan dekat saya ni. Keesokan harinya pagi-pagi lagi dah turun mandi laut. Lepas zohor dan selepas bertukar warna menjadi hitam menawan, barulah dapat cari hotel. Tiada yang lebih bermakna selain dari tidur dalam keadaan letih dan kenyang..huhuhu..

Aden ni sebuah negeri di selatan Yaman. Cuacanya sama macam Malaysia. Cuma mungkin best sikit kat Aden ni kot. Panas Malaysia pedih sangat sekarang. Lama dah saya tak berpeluh. Datang ke Aden boleh merasa nikmat berpeluh lagi. Bandarnya lebih tersusun jika nak dibandingkan dengan Sana'a. Satu-satunya negeri di Yaman yang pernah dijajah British. Sebab itulah pemikiran diorang ni agak maju. Kalau di Sana'a, semuanya nak ikut kepala dia je. Rasa dia aje yg betul. Rumah-rumah dan bangunannya pun agak bersih dan tersusun. Ada rupa Malaysialaa..Cuma penduduknya saja yang kurang mesra. Ada sedikit hampehlaa. Tak taulaa sebab apa.

Ala kulli hal..saya tak nak cerita panjanglaa..sebab memang tak berapa ada masa nak cerita panjang. Malas pun ada. Nak letak gambar ajelaa..Kata orang, seribu gambar pun dah cukup untuk menceritakan seribu makna kan?. Biarkan gambar yang berkata-kata. Lagi baik. Sayonara...

Bola sepak pantai...saya tak main pun, sakit kaki..

Gusti air..kita lihat siapa yang kenaaa..

Di Aden Mall

Ngan Member2 Kosovo yang gila2..

Roti Yaman..Makan sekeping, cukup sehari.

Ustaz Yahya belanja makan bross..


Tahun Depan Kita Jumpa Lagi..InsyaAllah...

3 comments:

saffa@srar said...

waa! mcm lama x jumpe ayam goreng je?? siap angkat drumstick lagik!huhu

alongwairnazz said...

best la roti tu..teringat masa duk mesir

CoOkiE MoNSter said...

mak aihhh....btul ker roti tu. 'kecikkkk'..... hahaha!

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .