Alhamdulillah..Setelah bertungkus lumus hampir seminggu, Kursus Kewartawanan Permaya dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun masa yang diperuntukkan untuk kerja-kerja persediaan agak singkat, namun berkat kerjasama dan muafakat ad hoc program, kursus ini berjaya di adakan.
Program yang bermula jam 8.30 pagi di Dewan Wahah Zaitun, Muassasah Al Quds itu dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program dan seterusnya terus kepada pengisian dari pembentang. Rasa agak istimewa bila Duta Besar Malaysia di Yaman sendiri yang memberikan pengisian. Tak sangka Tuan Duta rupanya lepasan ijazah sarjana muda jurusan kewartawanan. Saya sangkakan dia ini lepasan sains politik ke atau mana-mana pengkhususan yang agak munasabah dengan professionnya sekarang. Apa-apa pun, memang kena sangat dengan orangnya. Tahniah dan ribuan terima kasih dengan pengisian yang cemerlang. Alhamdulillah, ianya berjaya membuka mata kami tentang profession kewartawanan yang sangat mencabar. Manalah tahu selepas ini ada wartawan berjaya di kalangan pelajar-pelajar Yaman.
Program berjalan dengan agak ringkas tetapi padat dalam suasana yang sangat ceria. Mujurla Duta ini agak pandai melawak. Perbentangan hanya dengan dua slot. Slot teori dan praktikal sahaja. Nama saya dijual dengan agak ghairah dalam pembentangan beliau. Agaknya itulah nasib pengarah kot. Alhamdulilah, sebelum azan jumaat berkumandang, program sudah berakhir dan tepat pada masa yang ditetapkan.Apa-apapun, jutaan terima kasih kepada ad hoc program yang sangat bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tanpa kalian, pening juga kepala saya nak memikirkannya terutamanya kepada Fizal yang berjaya menyediakan nasi ayam kepada para ad hoc pelaksana di akhir program dengan ucapan "saspeklaa..kat enta!!". Kepada sahabat-sahabat peserta, InsyaAllah kita akan menyerahkan sijil-sijil penyertaan kepada antum pada mesyuarat agung Permaya nanti. Jazaakumullah Khair…Komwapta!!...
2 comments:
Salam blogawan...
tahniah zi dapat menjayakan program sulung tu...rugi lak rasa aku tadak sana.
nak gak sijiiill, huhuhuh :P
bagus program camni..bagi input n eratkan ukhuwah
Post a Comment