Alhamdulillah..lama sudah saya tidak mencoretkan sesuatu didalam blog ini.Segala kesibukan telah berlalu. Hidup telah kembali seperti sediakala. Hampir 3 minggu exam. Kepala pun dah semakin sejuk. Kalau sibuk pun, akan sibuk dengan persatuan. Tinggal lagi menunggu dan menanti keputusan. Kata orang penantian itu satu penyiksaan. Tapi bagi saya penantian itu juga satu kebahgiaan. Tanpa penantian takkan ada kemanisan pengakhiran. Hidup dalam penantian..adalah hidup dalam kebahagiaan dalam mencari kemanisan. TIdak semestinya yang manis akan sentiasa manis. Terkadang pahit juga bila sampai waktunya akan menjadi manis. Semoga pengakhirannya adalah satu kemanisan…InsyaAllah.
Baru-baru ini selepas selesai sahaja imtihan, saya telah mengikuti Daurah Ma'arif Maqdisiyyah anjuran Muassasah Al Quds Yaman selama 3 hari. Kursus pengetahuan dan hal ehwal Palestin itu benar-benar membuka mata hati saya tentang situasi dan apa yang berlaku di Palestin sejak bermulanya zaman nabi Adam sehingga ke hari ini. Betapa kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan perjuangan orang-orang terdahulu. Bersemuka dengan musuh yang tak akan meredhai Islam selagi tidak menuruti mereka. Betapa tidak bergunanya seseorang Islam jika mereka tidak ada saham didalam memperjuangkan Palestin seumur hidup mereka. Perjuangan untu kiblat pertama dan noktah bidayah kemenangan Islam. InsyaAllah..selepas ini saya akan cuba berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang telah dipelajari didalam kursus tersebut.
Apa-apa pun seminggu dari sekarang, saya akan lebih sibuk lagi. Blog ini akan naik sawang lagi. Hidup kalau tak sibuk rasa tak berguna. (Hehe). 13 hb ini saya terpaksa mengemudi sebuah program besar PERMAYA iaitu kursus kewartawanan. Bukan itu sahaja, banyak lagi tugas yang terpaksa dipikul dipundak ini. Terasa semakin banyak tanggungjawab yang perlu ditanggung. Membentuk manusia bukan seperti mengajar burung bercakap. Bagaimana mahu membaiki manusia sedangkan diri sendiri pun belum dibaiki. Apapun..,seperti kata seorang sahabat, "inilah masa terbaik untuk membetulkan semua yang bengkok".InsyaAllah akan terus ke depan dan jangan pandang belakang….(hehe).
Allahumma Thabbitna A'la To'atik..
2 comments:
semoga semuanya berjalan dengan baik..insya Allah.
MENANTI PENUH PENGHARAPAN...MENANTI SAPA TU ZACK....
Post a Comment