Wednesday, August 13, 2008

Kembara Al Hajari- Part 2

Sambungan dari yg lepas...

Selepas puas berkejar-kejaran menangkap gambar yang suka kesana kesini, kami meneruskan perjalanan ke Syalalah Kaukaban. Syalalah atau bahasa melayunya air terjun. Agak melucukan, ketika berada di Syria dan sebelum pulang ke Malaysia, Ambe pernah berazam untuk balik dan mandi di air terjun Sekayu atau mana-mana air terjun. (gian nak mandi air terjun!.) 8 bulan di Malaysia, hasrat itu tak kesampaian berikutan kesibukan yang terbuat-buat. (Huhuhu..). Tak sangka pulak, ianya tertunai di Yaman.


Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam setengah. Tapi tak terasa langsung kerana aktiviti di dalam van yang agak menyeronokkan. Masa yang ada diisi dengan aktiviti kuiz dan teka teki. Muslim yang berbangsa Melayu Champa kelihatan agak petah menjadi pengacara sehinggakan mas’ul kami Ust Syed Azwan yang berada dihadapan terpaksa berpaling kebelakang dan melupakan isteri tersayang disebelahnya. Kembali menjadi bujang tanpa disedari. (Haw haw haw!!). Ambe agak bengang kerana soalan-soalan yang Ambe tujukan kepada kumpulan lawan amat mudah dijawab. Teka teki maut Ambe yang berbunyi “sakit apa yang paling sakit” tu pun selambeerr je diorang ni jawab!!. Rasa-rasanya dah maut dah tu. Jarang orang yang dapat jawab. Bengang..bengang..Keputusannya kumpulan Ambe bukan kalah tak tak menang lagi. Har har har…













Terlupa nak layan isteri kat sebelah..huhu..













Pok Aji dah tumbuh tanduk..over exited dekpung!!. Ambik gambar sendiri..Poyoo!!..

Setibanya di kaki bukit Hajari itu, kami meneruskan perjalanan dengan mendakinya kerana ianya tidak boleh dinaiki dengan kenderaan. Pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju. Masu’l pendakian kami ialah seorang budak melayu bernama Alif, berumur lingkungan 9 tahun yang sudah tinggal diYaman semanjak dia kecil. Dia yang sudah beberapa kali ke Syalalah tersebut kelihatan agak arif dan masak dengan kawasan tersebut (budak pun blh jadi mas’ul ape!!).













Mas'ul pendakian..Alif. Kecik2 dah pandai cakap arab..













Daki..jangan tak daki..(bukan daki badan weh!!)












Nun di sana cite2 kita....
Sedang asyik mendaki bukit-bukit yang agak curang itu, Ambe rasa agak kagum dengan diri Ambe kerana mampu mendaki bukit-bukit dan jurang-jurang seperti ini walaupun agak tercungap-cungap mengambil nafas.. Sedanag asyik dengan kebanggan diri itu, ambe terlihat kelibat kanak-kanak arab yang kecil bermain di celah-celah batu-batu bukit yang lebih tinggi. Dalam hati Ambe berkata, anak bunian arab ke ni??. Paling ke kanan, di seberang jurang terlihat dua orang wanita arab sedang berjalan ditepi jurang. Seorang agak berumur dan seorang lagi seperti dara sunti. Yang membuatkan Ambe menelan air liur, mereka menjungjung guni yang agak besar di atas kepala. MasyaAllah!!, itulah!!, Allah tunjuk selalu kepada Ambe. Jangan dok bangga sangat!, Rasa malu dengan diri sendiri. Astaghfirullahalazim. Tapi pelik jugak, ada buat kebun-kebun ke di atas bukit-bukit batu ni?.














Selamberr..jek!!. Tak takut jatuh gaung ke??. Junjung guni pulak tu!!.













Nampak tak jurang kat belakang tu?..klu jatuh..kiok!!.


















Brader arab yang sungguh serius!!.
Alhamdulillah setelah puas meredai lurah, denai, jurang, onak dan duri (hehehe). Kami sampai ke tempat yang dituju. Tanpa membuang masa masing-masing menukar pakaian dan debush!!!!. Mujur Ambe tak terjun secara mengejut macam tu. Sahabat Ambe, Pok Aji yang tanpa segan silu terjun secara mengejut itu demam dan pening keesokan harinya.(Padan muka tak dengar nasihat orang!!.) Air yang teramat sejuk. Kalau nak dibandingkan dengan air terjun Sekayu. Ambe rasa 10 kali ganda pun lebih rasanya. Sejuk sampai terasa ditulang sum-sum. Ambe rasa Ambe hanya terjun ke dasar hanya 3 kali sahaja. Selebihnya hanya merendam kaki dan terketar-ketar di tepi kali. Hehehe. Nak turun sepenuhnya pun mengambil masa hampir sepuluh minit bimbang takut badan Ambe ni terkejut. Macam mandi air batu.

Rupanya air yang ada ini bukanlah air terjun, tetapi seperti takungan di dalam jurang bukit-bukit batu yang ada disini. Ianya memanjang dan membentuk seperti sungai kecil. Panjang jurang ini tak tahulah sampai ke mana. Menurut sahabat Ambe Muslim. Dia yang pernah mengikuti rehlah Markaz Dakwah terpaksa berjalan selama 12 jam melewati jurang-jurang bukit untuk sampai ke puncak bukit Kaukaban dan sungai itu masih memanjang. Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Biasanya Ambe hanya melihat pemandangan-pemandangan indah seperti ini di dalam tv sahaja.

Aktiviti di dalam air dipenuhi dengan acara mencari batu. Batu yang dibungkus di dalam plastik merah dan dicampakkan ke dasar. Ambe rasa sungguh hebat kerana beberapa kali batu itu dicampak, Ambe tak pernah pun dapat mencarinya. Wahahaha…hebatnya!!. Terlalu sejuk, tak tahan nak berada di dasar lama-lama.














Tempat badak2 melayu berkubang..sejuk ooo..

Setelah penat berkubang, tibalah acara yang boleh dikira paling menyeronokkan iaitu acara “meranggos”. Lauk ayam masak merah dan sayur goreng itu terasa amat menguji iman. Makan ketika lapar memang satu nikmat yang amat payah untuk diungkapkan. Makan secara berjemaah didalam talam membuatkan kami cepat kenyang. Mungkin itulah berkatnya berjemaah.













Ayam masak merah..sayur goreng..Kecurrr...













Ranggos..ranggoss.jangan tak ranggoss..
Puas meranggos, kami tunaikan pula kewajipan kami sebagai hamba. Solat berjemaah di tepi aliran sungai ini benar-benar menimbulkan suasana yang sunyi, tenang dan khusyuk. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Abah Ambe sebagai muzik Tuhan dan alam. Bunyi aliran air, binatang-binatang kecil dan desiran angin memang mewujudkan satu suasana yang berlainan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi language ini mencucuk-cucuk neuron-neuron deria Ambe. Sejuk sungguh!!. Seusai solat, kami diisi dengan tazkirah daripada mereka yang bakal pulang ke Malaysia iaitu Amir Afiq dan Ust Syed Azwan. Dalam ketenangan itu, ada dikalangan kami yang terlalu faham akan isi tazkirah dan sentiasa terangguk-angguk. Fahamnyoosss!!…kata pepatah budak-budak Yaman. Hehehe..Habis tazkirah kami disajikan pula dengan alunan nasyid daripada siapa lagi kalau bukan Ambe saje yang kena buli kalau bab-bab nasyid ni. Rasa nak “keppok je kepala si pengerusi nih!!. Ambe dendangkan pada mereka lagu Teman Sejati. Mujurlah diorang ni sporting jugak boleh jadi chorus. Hehehe..Taklaa..malu sangat. Poyonyeee!!….













Pengisian jiwa di tepi kali..tenangnyee..
Acara seterusnya diteruskan dengan acara bebas, ada diantara kami yang kembali menjadi badak air dan ada yang secara tetiba sahaja membuka acara kursus memakai serban Yaman. Time-time macam ni, banyaklaa..sahaja idea-idea yang timbul. Jam 2 petang kami mula bersiap-siap untuk turun dan kembali meneruskan pengembaraan.

Yang Ambe tak puas hati, macam mana pulak diorang ni boleh jadi mengantuuukk je semua. Masing-masing memberi cadangan supaya pulang terus ke Sana’a walhal ada satu lagi destinasi yang telah dirancang iaitu puncak gunung Kaukaban. Tinggal Ambe sorang je yang semangat nak pergi ke sana. Yang lain semua pakai bateri cap kodi!!. Anyway, ikut keputusan jemaahlaa.. Dalam van kami penuhkan acara yang amat menarik iaitu membuat tahi mata!!. Letih sangat ke??. Ambe tak boleh jadi pemenang kali kerana hanya mampu lelapkan mata sekejap sahaja. Yang lain berusaha dengan bermacam2 gaya. Ada yang ternganga, terlenggok, terperusuk ke belakang member, yang tido senyum sambil bertempek di tingkap pun ada. Sunyilaa..pulak van ni.Ambe penuhkan waktu Ambe dengan layan nasyid2 arab melalui mp3 Samsung Ambe. Lagi baik!!. Sampai Sakan…barulaa..Ambe boleh jalankan acara tindoss ni!!. Atas tilam!!, lagi sempoi……Jaa!!..






SEMOGA UKHUWWAH INI KEKAL BERPANJANGAN..AMIN..

Jaa!!..

0 comments:

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .