Tuesday, August 12, 2008

Kembara Al Hajari- Part 1


Kabaretum??..Warastum ye tak??. (bahasa jawa yang diarabkan. Huhu..)

Lama sungguh Ambe tak mengapdek blog ni. Nak kata sibuk, memang sibuk sesangat. Tapi Alhamdulillah, dalam kesibukan itu masih sempat lagi untuk Ambe pergi jalan-jalan cari gaduh di sekitar Yaman ni. Sambil-sambil sibuk tu pun sempat lagi kadang-kadang layan cerita Lost buat penghabis nyawa, usia dan waktu-waktu yang boring.

Kali ni kawan-kawan Ambe telah mengajak Ambe pergi rehlah di beberapa tempat di Yaman ni. Destinasi kali ini ialah di Darul Hajar dan Syalalah Kaukaban. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan menapak di Sana’a, Ambe berjaya keluar menghirup udara segar kampung.

Kami bertolak sekitar jam 7.15 pagi setelah menungu beberapa sahabat-sahabat yang lambat (termasuk ambe, tapi lewat 5 minit je). Janji dengan drebar arab tu pukul 6.30 nak bertolak, sedar-sedar pukul 7 suku juga. Kali ini, kami agak malu dengan arab yang sorang tu kerana biasanya orang arab yang lambat. Itulah yang dua tiga kali mas’ul rehlah kami Ust Syed Azwan bleberkan (bleber??..Huhu..)

Destinasi pertama kami di puncak sebuah bukit yang menjadi tempat perkelahan dan dari situ kami dapat melihat Darul Hajar dari pandangan atas. Kami tiba di sekitar jam 9 pagi. Hari ini Alhamdulillah cuaca mendung dan sejuk. Tak tahu kenapa, agaknya mungkin kerana semalam hujan. Pemandangan yang sungguh cantik. Kami dapat melihat landskap kampung arab yang agak unik. Pagar-pagar yang disusun tinggi dengan batu itu nampak seperti kotak-kotak yang disusun menjadi seperti jalan-jalan kecil. Kelihatan seperti tidak pernah berubah dari asal kewujudannya. Agaknya inilah juga susana asal Yaman di zaman dahulu. Ketinggian puncak dan dasarnya pada perkiraan Ambe mungkin mencecah 200 meter. Manusia dibawah sana kelihatan seperti anak semut.















































Muka-muka exited boleh ambik gambar

Setelah penat bergambar, kami meneruskan journey kami ini ke Darul Hajar. Bangunan istana yang pernah didiami oleh salah seorang pemerintah Yaman yang bergelar ulamak. Ambe cuba bertanya kepada semua sahabat-sahabat Ambe tentang ulamak tersebut, tapi jawapan yang diberi agak mengecewakan. Ada yang kata, “dok au gok!!”, ada yang kata “Sultan Yaman zaman dulu ah!”. Kalau orang yang agak lama berada di Yaman hanya mampu menjawab “ Sultan Yahya, pemerintah Yaman sebelum kerajaan Republik dibentuk”. Itu sahaja jawapan yang diterima. Ambe agak hairan, dalam ramai-ramai pelajar Malaysia yang ada di Yaman ini, dan ada ada diantara mereka yang banyak kali sampai ke tempat ini. Tiada sorang pun yang tahu walaupun nama penuh Sultan tersebut. Sejarahnya apatah lagi!!. Kecewa dengan jawapan-jawapan yang diterima, Ambe bertindak bertanya syeikh Ambe, Syeikh Sulaiman Abduh Al Ahdal seusai talaqqi dengannya.

Nama baginda ialah Sultan Imam Ahmad bin Yahya bin Muhammad Hamiduddin. Baginda ialah seorang faqih dan alim di dalam banyak bidang terutamanya feqah. Baginda dilantik menjadi Imam pada tahun 1949 bersamaan dengan 1370 M. Baginda berpindah ke Sana’a kerana menjalankan hukuman terhadap seorang wazir yang menjadi pembunuh ayahnya. Ayahnya Imam Yahya juga adalah seorang Imam. Baginda Imam Ahmad digulingkan pada tahun 1961 oleh seorang yang bernama Sallal. Selepas itu kerajaan Yaman ditukar menjadi Jumhuriah dan berakhirlah zaman Kesultanan Yaman. Baginda mangkat pada tahun 1963 kerana sakit. Maknanya 47 tahun yang lepas. Laaa…,ingatkan dah beratus tahun lepas. Baru sangatla lagi. Syeikh Ambe kata dia sempat berjumpa dengan Sultan tersebut. Itulah sahaja sedikit sebanyak maklumat yang Ambe dapat korek melalui syeikh Ambe. Rasa teruja untuk tahu lebih banyak lagi. Takkan mudah-mudah sahaja kesultanan Yaman digulingkan tanpa apa-apa perjuangan dan titisan darah. Perjuangan ulamak semestinya sentiasa berdarah kerana itulah ujian orang-orang yang mewariskan tugas ini kepada mereka.

Apa yang uniknya pada istana ini ialah pembinaanya yang berada dipuncak sebuah bukit kecil yang agak tinggi dan tidak ada piling dan apa-apa dasar yang kuat yang membolehkan ia tetap berdiri. Tidak seperti bangunan-bangunan lain yang memerlukan besi-besi dan sokongan-sokongan yang lain dari dasar bangunan tersebut. Namun istana ini tetap teguh berdiri menongkah abad. Nasib kami kurang baik pada hari itu kerana ianya masih belum dibuka kepada pengunjung. Kami hanya boleh bergambar disekitar kawasan luar istana tersebut. Rupa-rupanya ianya dibuka pada waktu petang. (Ish!!,malas betul puak-puak arab ni kerja. Ada ke waktu petang!.) Kawasan disekitar istana ini pada pemerhatian Ambe memang suatu ketika dahulu satu kawasan elit dan kerabat diraja kerana melihat kepada susunan rumah-rumah dan pagar-pagar batu yang agak bersistematik. Pokok-pokok yang tersusun seperti semulajadi ini mungkin disusun oleh arkitek yang ada ketika itu. Yang agak menghairankan, rumah-rumah lama disini masih lagi didiami oleh penduduk-penduduk disekitar kawasan ini. Satu suasana yang agak purba Ambe rasa.







































Bersambunglah pulak...Tunggu kembara dua k!!. Jaa!!.

0 comments:

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .