Saturday, November 8, 2008

Kecilnya Dunia..Ukhuwwah Fillah..


Assalamualaikum..

Entry tentang ni sebenarnya lama dah terlintas di hati nak publishkan. Sejak bulan puasa hari tu lagi. Tapi dengan kesibukan yang teramat2. Tak dapat jugak nak laksanakannya..

Ni kisah pertemuan dengan Syauqi. Sahabat seperjuangan saya yang sudah berkurun tak jumpa. Hampir 8 tahun. Nak dijadikan cerita, hari tu selepas sembahyang jumaat di Masjid Bukit Tinggi Klang, saya keluar melalui pintu utama masjid. Macam biasalah ada tong mintak derma di pagar masjid. Hari tu Allah takdirkan mata saya saja mahu membaca siapakah gerangan pemohon sumbangan. Tertera di tong tersebut..Mohd Syauqi Hj Ismail. Mohon bantuan sumbangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat MA Universiti Al Azhar. Tertulis sekali nombor telefon di tong tersebut. Macam ku kenal nama ini,tapi dimana ya??.. "Bin"nya pun serupa. Saya lantas menyimpan nombor tersebut didalam handset dan menghantar mesej kepadanya. Sah..dia rupanya. Kecilnya dunia. Malam tu kami bersembang sampai larut malam di sebuah restoran di Klang. Dia masih lagi lawak seperti dulu. Cuma ilmu "ngepong"nya semakin maju."Ngepong-ngepong" ilmiah!. Dah ambik MA dah dia. Saya jugak yang masih jauh ketinggalan..malu..

Pertemuan terakhir dgn dia sblm ni pun smacam jodoh jugak. Rasa-rasa,3 tahun yang lepas masa dengar dia balik dari Yaman dan datang ke Terengganu, saya bertekad nak pergi jumpa dia walaupun tak tahu nak jumpa kat mana. Masa tu dalam kepala ingat rumah abang Ipar dia, Ustaz Wan Syukairi kat Losong. Losong mana wallahua'lam!. Tengah bawa moto pening2 fikir nak tanya orang2 kampung kat Losong yang ber"losong-losong" tu, melintas dihadapan saya kereta Iswara hijau.(Ustaz Wan Syukairi sorang je pemilik Iswara warna hijau kat Terengganu). Saya berusaha mengejar kereta tersebut dan memang betul Syauqi ada di dalam. Dia dalam perjalanan balik ke Melaka. Rezeki Allah bagi jumpa tepi jalan.

Pertemuan pertama dengan dia pun semacam jodoh jugak. Seingat saya tahun 1997. Masa Jambori Unit Amal Kebangsaan di Pahang. Ingat lagi masa tu..dia asyik tengok saya dan saya selalu je tengok dia. Senyum-senyum sahaja kerana kontinjen negeri kami sebelah menyebelah. Dia wakil peserta pertandingan azan amal walad Melaka dan saya wakil Terengganu B. Alim wakil Terengganu A.

Setahun selepas itu, kami bertemu lagi. Dia mendaftar tingkatan 1 di MTT. Saya senior setahun dan bermula disitulah ukuwwah kami. Tahun selepas itu,Alim pula berpindah dari Darul Quran ke MTT. Tak sangka ukhuwwah kami terjalin sehingga menjadi rakan seperjuangan dalam Shoutul Amal dan Alhamdulillah ianya masih kemas terjalin sehingga sekarang. Pertemuan akan datang?..Tak tahu apa lagi jodoh dan kebetulan yang bakal datang..

Allahummaj Ma'na Wa Jamaa'atul Muslimiina Fi Jiwari Rasuululillahi Wa Tahta Zilaalullaahi Yaumal Qiaamah..Amiin..

0 comments:

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .