Saturday, February 7, 2009

Tragedi Rampasan Di Perak-Antara Dua Nilai Darjat

Tiada kata yang dapat saya lafazkan..Tiada gambaran yang dapat digambarkan tentang apa yang berlaku di Perak melainkan kezaliman dan kebaculan UMNO antara paling hebat kurun ini. Saya yang berada di Yaman ini mengikuti perkembangan di bumi Darul Ridzuan itu hampir setiap setengah jam. Sudah puas doa dipohonkan, tapi perancangan Allah lebih dari segalanya. Apa yang berlaku adalah tragedi. Tragedi yang mungkin akan tersemat dalam sanubari saya sehingga nyawa diambil Allah. Tragedi yang membolehkan kita mengenal dengan lebih dekat lagi siapa lawan dan kawan.

Apa yang agak menghairankan, pemimpin umno terutamanya Najib kelihatan tidak ada perasaan malu sedikitpun pada perbuatan bacul dan pondannya. "Katak-katak" yang teruja melompat itu pun nampaknya semakin syok dan gembira tanpa ada maruah walau sekelumit cuma. Tak terfikirkah mereka semua akan sejarah yang akan tercatat dilembaran kisah dunia bahawa merekalah puak-puak boneka rela yang menjatuhkan sebuah kerajaan dengan cara paling pondan dalam dunia!!, yang menjadi kenangan generasi kebanggan akan datang??. Dalang besarnya tentunya orang melayu. Alangkah sedihnya mengingatkan nasib bangsa sendiri. Tak malukah kepada bangsa lain. Bangsa melayu yang terkenal dengan ketinggian maruahnya semakin lama semakin layu dipandangan bangsa lain. Bukan sahaja maruah pemimpin parti melayu, malah maruah Sultan tempat keagungan melayu juga diinjak-injak penuh hina. Sultan sudah bagaikan karzai nafsu pemimpin-pemimpin yang bernamakan Islam dan berakidahkan kapitalis dan sekular. Rukun matlamat menghalalkan cara sudah menjadi tiang seri akidah mereka. Tanpa segan tanpa silu…Belum lagi dipertikai soal malu pada Allah, Rasulullah dan agama. Hairannya….Alangkah hairannya…


Pada penilaian saya, apa yang terjadi hanya antara dua perkara. Dua yang membezakan antara darjat manusia. Bukan sahaja dua darjat, malah antara dua nilai makhluk yang bernama manusia. Yang asalnya diangkat Allah menjadi khalifah mulia pemimpin dunia. Mudah bahasa antara nilai ashab DS Nizar dan ashab DS Najib. Bukan sahaja ahli Pakatan Rakyat sahaja yang terang menilai, malah pemuka dan penyalak-penyalak BN dan Umno pun tahu dan faham sangat nilai antara dua hak dan batil ini.


Sesungguhnya benarlah apa yang dinukilkan Allah di dalam Al Quran bahawa ujian untuk manusia ini adalah untuk Allah mengangkat dan menghina darjat manusia. Hanya satu antara dua. Kerana itulah jalan yang telah dilalui oleh para anbiya dan prajurit terdahulu. Dengan ujian itulah Allah mengangkat martabat mereka. Semakin berat dan besar ujian itu, semakin tinggi atau hina nilai sesuatu darjat itu. Bilamana Allah mengiktiraf kebenaran iman hambanya bermakna Allah mengangkat darjatnya dan bilamana Allah mengiktiraf pendustaan iman hambanya memberi erti Allah menghina menjanjikan azab yang pedih untuknya. Sepertimana firman Allah


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?.Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Lihat saja pandangan manusia pada ashab DS Nizar sekarang. Walaupun dijatuhkan dengan penuh kezaliman, manusia semakin memandang tinggi pada mereka. Hatta petani tua yang berada di ceruk kampung pun akan terangkat darjatnya disisi manusia. Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mereka bersama golongan yang mulia. Kalau ditanya secara jujur pada penyokong-penyokong Umno pun, saya sangat percaya jauh disana fitrah suci kurniaan Allah pada jiwa sanubari mereka akan mengatakan benar dan Ya!!. Kerana apa yang berlaku terlalu terang dan jelas nilaiannya. Itu baru pandangan disisi manusia. Disisi Allah teramat besarlah mulianya. Beruntunglah mereka yang berada dan bersama dengan golongan yang mulia kerana pandangan mulia Allah adalah segala-galanya.


Lihat pula apa yang berlaku pada ashab DS Najib sekarang. Walaupun dimata kasar manusia merekalah juara dalam permainan ini, namun pandangan nurani sekalian manusia pasti melihat merekalah para bacul dan makhluk hina. Hatta sultan disinggahsana mulia pun akan jatuh terbongkang hina darjatnya disisi manusia. Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mereka bersama dan bersekongkol dengan golonga yang hina. Kalau ditanya penuh ikhlas pada pemuka dan penyokong BN dan Umno pun, saya sangat yakin nun jauh difitrah murni kurniaan Tuhan pada hati sanubari mereka akan mengatakan benar dan ya!!. Kerana kebenaran yang berlaku terlalu jelas tanpa perlu banyak cerita. Itu baru pandangan disisi manusia. Disisi Allah amatlah hina dinanya mereka. Berita gembiralah dengan neraka Allah bagi golongan yang hina kerana pandangan kemurkaan Allah adalah mengatasi sekalian azab siksa.

Tak dapat dibayangkan betapa tidak malunya mereka menafikan mandat rakyat. Hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong. Betapa besarnya dosa mereka kerana bertindak zalim menafikan hak rakyat. Di dalam Islam, hanya rakyat yang berhak menentukan siapa pemimpin dan hanya rakyat juga yang berhak menjatuhkan dan menurunkan pemimpin. Hukum yang disepakati oleh ijma' ulama. Sungguh besar dosa mereka. Menzalimi dan mencabuli hak orang-orang muslimin dan para zimmi. Seseungguhnya mereka telah menyakiti Allah dan RasulNya..


Gelombang kebangkitan rakyat Perak semakin lama semakin dasyat. Belum pernah saya mendengar semenjak bernafas diatas dunia ini, rakyat boleh menghalang kereta sultan, menghina sultan secara terbuka.Kalau setakat sekat kereta PM atau mana-mana pemimpin kerajaan dalam negara, itu sudah biasa. Kutukan dan cercaan pada sultan seperti tiada batasan.Di kedai-kedai kopi, blog dan pelbagai wasilah penulisan. Rakyat pun boleh saman sultan. Bagaikan tiada beza sultan dengan pengerusi JKKK hulu kampung. Bagaimana rakyat boleh menghormati undang-undang kalau kepala rakyat sendiri melanggar undang-undang. Puak-puak Umno lantang membela konon melayu pantang menderhaka pada sultan. Walhal dalam sejarah Malaysia, Umnolah yang paling banyak menghina institusi raja di Malaysia. Bagai membela perompak . Rumah yang kecurian pula yang dipersalahkan. Benarlah kata Rasulullah, asobiyah itu adalah menolong saudara kamu dalam kezaliman. Bukanlah dari golongan Rasulullah orang yang bersifat asobiyah.


Bimbang pula apa yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam perutusannya menjadi kenyataan. Akhirnya jadilah seperti kerabat kesultanan melayu Melaka yang ada di Melaka sekarang. Mulalah terkontang kanting teraba-raba memperjuangkan hak raja. Tapi siapa yang mahu memandang??. Dulu?, Melakalah paling masyhur,gah dan hebat dengan kesultanan melayu. Kesian...Saya masih sayangkan kesultanan melayu Malaysia. Tapi kalau dah jadi macam itu, apa boleh buat. Sendiri cari penyakit..Sendiri tanggung. Tak bolehkah berpendirian sedikit seperti DYMM Sultan Mizan??. Sultan adil.., rakyat pun sayang.

Ingatlah wahai pemimpin negara, Umno dan BN. Kamu tinggal di bumi Allah. Kamu bernaung dengan langit Allah. Kamu bernafas dengan udara Allah. Kamu makan dengan makanan hak Allah. Kamu minum dengan minuman hak Allah. Kamu hidup dengan nyawa pinjaman dari Allah. Segala rezki pada kamu adalah hak Allah. Dalam masa yang sama kamu merosakkan bumi Allah. Kamu membuat kezaliman dengan tenaga dari makanan dan minuman dari Allah. Kamu menindas para penolongNya dengan nyawa pinjaman Allah. Ingatlah, ,mati tidak akan berhenti menghampiri kamu.. Apalah sangat jawatan sultan, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, ahli parlimen, wakil rakyat dan apa-apa sahaja jawatan bila kerana jawatan itu kamu disiksa dan dihentam hancur di alam kubur dan di dalam neraka. Tidak ada beza kamu dengan orang purba didalam hutan bila kamu dimakan cacing tanah dan ulat berengga. Bertaubatlah!!. Kerana dengan itu, InsyaAllah kamu tidak akan merasa azab kubur dan neraka Allah


Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada DS Nizar kerana menghadapi situasi ini dengan penuh penuh kejantanan. Teruskan perjuanganmu. Rahmat Allah bersama dengan orang-orang mukmin yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab antaranya dengan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang. Allah sahajalah sebaik-baik perancang. Bersedialah, mungkin kamu kembali memimpin Perak 3 tahun akan datang. InsyaAllah!!.


Kini Perak mempunyai dua Menteri Besar. Seorang halal seorang haram. Apa-apa yang haram ni tentunya hina. Bagaimana ya orang yang berada di tempat haram menghadapi situasi ini. Kalau fikiran seorang anak haram mesti sentiasa rendah diri dan jauh disisi manusia. Kalau fikiran MB haram entah bagaimana. Kalau tiada rasa apa-apa dan rasa bangga mulia tanda ada yang tak kena. Katanya alim dalam agama. Kita tengoklaa..sekuat mana.


Dalam situasi ini, Pas bagaikan anak dara manis yang paling suci. Ahli yang ditarbiyyah tidak mampu dibeli dengan apa pun kepentingan dunia. KeAdilan jugalah yang terpaksa bersusah payah menyapu arang yang terconteng dimuka dek dua ekor katak yang rabun mata. DAP pun terpalit sama dengan permainan lompat si katak betina. Yang paling menggelikan hati tabiat si katak Bota yang mabuk dunia melompat kesana kemari. Pas sendiri bermula dari sekarang perlu meningkatkan lagi mutu tarbiyyah para ahli agar segala apa yang berlaku pada PKR dan DAP dalam pakatan rakyat tidak berlaku padanya. Berbangga dalam beringatlah pada pengiktirafan ini. Sudah jelas Umno dan BN tidak akan berani untuk membeli pimpinan Pas kerana jawapannya sudah maklum dan makruf.. Semoga apa yang berlaku ini akan menyebabkan rakyat kenal siapa Umno dan BN dan sekaligus menendangnya jauh ke planet musytari pada pilihanraya akan datang kerana rakyat sentiasa menilai dan sentiasa bersedia untuk menghukum. Semoga Allah terus memberikan nusrahnya pada perjuangan Islam. Samada menang atau syahid di jalanNya.. Amin..

Raja Adil Raja Dijulang..Raja Zalim Raja???..

2 comments:

Anonymous said...

Rakyat akan terus ditipu dengan kejahatan najib..kita sama2 doalah jie..biar Allah tunjukkan kemusnahan puok2 jahat nie..

Anonymous said...

weh demo kena rajin update nie..baru la ramai yg nak masuk..

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .