Alhamdulillah..Tiada kata-kata yang dapat dilafazkan selain dari syukur yang teramat sangat. Dalam kekalutan persediaan exam dan assignment yang terpikul berlambak-lambak secara mengejut ditambah lagi denga kerja persatuan yang tak terkejar ini membuatkan kepala menjadi mabuk dan pening. Berita kemenangan yang berpihak kepada Ir Nizar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur benar-benar menyejukkan kepala dan hati.~Allah~ Sungguh hebat perancangan Allah.
Mungkin dulu kita sering tertanya-tanya apa hikmah disebalik apa yang berlaku. Agaknya sekarang Islam sudah mendapat Nasr. Barangkali syarat dan sebabnya sudah cukup untuk perjuangan Islam di Perak. Hari ini Najib, Zambry dan konco-konco pelampau Umno mendapat malu besar. Allah sudah tunjukkan salah satu hikmahnya. Puak-puak ini sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak di atas segala tindak tanduk bodoh yang berlaku sepanjang krisis ini. Perak bagaikan bumi yang tidak aman disebabkan kerja-kerja mereka. Mungkin dun akan dibubarkan dan apabila pilihanraya negeri diadakan, PAS dan Pakatan Rakyat akan menang besar. Satu perkara yang tidak mustahil dalam suasana dan situasi yang berlaku sekarang. Mungkin juga ini akan menjadi hikmah yang lebih besar dari Allah SWT yang ingin ditunjukkan kepada hamba-hambaNya yang bertawa dan yang fasik.
Umno semakin alergik dengan pilihanraya. Cabaran di Penanti pun tak bersambut, inikan pula medan perang yang lebih besar menanti di Perak. Semoga PAS dan Pakatan Rakyat terus thabat dalam perjuangan. Kepada pendokong dan pejuang-pejuang dalam PAS, teruskan istiqamah kerana Istiqamah adalah Karamah. Dengan usaha, tawakkal, doa dan istiqamahlah sebab dan syarat Nasr akan terlaksana. Sabar dalam menghadapi mehnah. Perjuangan Islam tidak pernah rugi kerana jalan yang terbentang hanya dua..Imman Nasru Wa Immas Syahaadah..

1 comments:
Assalamualaikum. Bukan x jemput la..kawe baru nak wat surprise..tapi demo tahu dulu.. Dengan ini saya menjemput Tn. Fakrurazi bin Hussein ke majlis perkahwinan saya bersama Salma Hj. Najmuddin di Kg. Pondok Paku Kerandang pada 31 Mei 2009 dan majlis menyambut menantu pada 7 Jun 2009 di Kg. Ulu Jeruas, Sega Raub Pahang. kalau demo buleh mari nased mmg kawe terharu jie..mmg dari dulu dah pon..tapi nak wat ganer demo xleh mari. doakan majlis kawe selamat.
Post a Comment