Monday, June 8, 2009

Blackout..ooo..blackout..."tekkang"


Inilah suasana musim exam kat Yaman sekarang. Boleh dikatakan tiap-tiap malam blackout. cuma sekarang makin parah. Semalam start pukul 8.30 malam sampai pukul 6.45 pagi. Blackout paling panjang dalam sejarah keblackoutan saya kat Yaman ni. Sehari 3 kali blackout memang perkara wajib. Pagi, tengahari dan malam. Sekali blackout dua tiga jam pulak tu. Saya pun tau apa nak jadi dengan negara Yaman sekarang ni. Kalau difikir-fikir nak marah pasal tak ada letrik pun tak guna. Tapi "tekkang" jugaklaa..seperti kata orang Terengganu.

Biasa student2 arab kat hostel ni kalau time diorang exam, kalau blackout, diorang akan menjerit beramai-ramai sampai dua atau 3 blok hostel pun pakat jerit. Memang sebijik macam orang tak betul. Lebih teruk lagi dua bulan lepas diorang buat demontrasi hanya sebab tak ada letrik. Habis kereta-kereta dekat tengah jalan diorang sekat sambil beramai-ramai tembak ke langit dengan pistol. Malam selepas tu, beratur polis pakat jaga jalan. Lawak betul. Kalau pelajar universiti boleh berperangai macam tu, orang kebanyakan apatah lagi. Memang negara arab paling koboilaa..


Tadi saya ada bersembang dengan beberapa orang sahabat dan pensyarah2 Malaysia selepas majlis tahlil untuk Pakcik Ismail yang meninggal semalam.(Al Fatihah). Ada yang kata masalah letrik ni berpunca dari masalah minyak yang semakin kering kat Yaman ni. Yaman ni guna letrik bukan dengan kuasa hidro macam Malaysia, tapi guna minyak untuk jana kuasa letrik dia. Dengan masalah harga minyak yang naik lagi, masalah ni tambah parah. Diorang cakap mengikut sumber2 yang agak sahih, minyak di Yaman ni hanya boleh cukup untuk bekalan selama 15 tahun sahaja lagi. Sumber ni pun datang dari arwah yang ceritakan perkara ini pada sahabat saya tu. Arwah pun penasihat syarikat petroleum Yaman. Agak2 sahih jugaklaa berita ni.

Apa2pun, dalam bengang2 tak ada letrik ni,boleh jugak merasa belajar dengan lilin. Agaknya inilah yang dialami oleh mak dan ayah2 kita dulu2 kan?. Diorang baca buku sebab memang nak baca buku. Memang ikhlas belajar. Kita sekarang, kalau bukan sebab exam, memang jangan haraplaa..nak pegang kitab baca tengah2 gelap macam ni. Pantang blackout je, cari Syeikh Batoniah As Sariri, krooh sampai subuh..Cerah masa depan..hehehe...

3 comments:

Unknown said...

dari:numan aziz(ex yaman year 2000-2001)

salam alaik!wah,parah jugak masalah letrik kat yaman skang ni ek?sampai berdemo pistol2an lagi,hehe.bak kata p.ramlee,cobaan..biasalah tu,makin kuat iman seseorang,makin kuat lah cubaan yang menimpa...kalamullah:liyabluwakum ayyukum ahsanu amala...sabar je laa ye..ana doakan najah anta lam exam ni i'allah....

p/s:nak no tepon anta,ade mende nak cakap sket..(",)

saffa@srar said...

macam poyo je pic..;-)

Anonymous said...

kawe duk mesir pon dulu gitulah jugak..ujian nak exam tu..

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .