Thursday, June 11, 2009

Selamat Pengantin Baru Sahabatku Syam


Salam alaik pada semua.. Kepada sahabat-sahabat yaman yang ada di Malaysia..Inilah suasana kahwin sahabat kita Syamsul bin Musa yang telah selamat diijabkabulkan dengan Yasmin binti Ali awal bulan ini di kuaters kediaman pensyarah Malaysia di Yaman. Kahwin dengan anak pensyarah UST. Majlis kahwin orang Malaysia antara yang paling meriah di Yaman. Teringat ana majlis kahwin Zulhimi masa kat syria dulu. Kali ini lagi meriah. Kompang kahwin, berbalas pantun, silat, nasyid, tarian arab Yaman, pengantin pun siap menari lagi.hehe..macam2 adaa...Tetamu pun ramai sangat.Tokey madu Yaman. Memanglaa..masyuknya lebih. Majlis pun boleh buat besar-besaran.

Syam..syam..punyalaa usaha dulu nak kahwin dengan arab.last2..dengan orang Malaysia jugak jodohnya.
Dia pernah cerita dengan saya, antara sebab Allah tak bagi dia jodoh dengan arab sebab doa mak dia. Mak dia walaupun dulu izinkan dia kawin dengan arab, tapi dalam masa yang sama mak dia hari2 doakan dia tak jadi kawin dengan arab. Sebab itulaa dia punyalaa cari..guna syeikh arablaa..mcm2 cara. Tak jadi jugak. Padahal setakat nak cari muslimah arab ni bukan payah sangat. Orang Malaysia yang nak taqdim. Memang ramai yang berebut, hehe. Itulah berkatnya doa ibu.~Allah.

Apa2pun..selamat pengantin baru buat Syam. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia ke anak cucu dan ke syurga. Lahirkan jilul mujaahid InsyaAllah...Jangan lupa madu setengah kilo yang enta janji nak bagi kat team nasyid masa majlis enta tuh.hehehe..

Saya uplaodkan gambar2 kahwin dia sikit2 untuk tatapan sahabat2.


Barakallahu Lakuma Wajam'akuma Fi Alfi-Alfi Khair..

Tuesday, February 3, 2009

Kembara Aden – Negeri Pesisir Pantai

Kali ini saya berjalan lagi…Kali ini anjuran UST (University Of Science & Technology) atau nama arabnya Jamiatul Ulum wa Teknologia. Biasala..time-time dekat nak exam akhir nilaa..para pensyarah suruh kita pergi berjalan sebelum masuk fatrah struggle exam. Pelik, biasanya orang berjalan lepas exam. Ape2 jelaa..yang penting boleh berjalan. Semua Unv tanggung pulak tu. Cuma kena bayar 1000 RY je. (padahal awal-awal tahun lagi dah bayar yuran ansyitah 8000 RY, Ulum ni memang hampeh!.) Semua peserta hanya dari fakulti sastera kuliyah Dirasat Islamiah. Kuliyah yang lain katanya semua dah pergi.

Perjalanan dari Sana'a ke Aden mengambil masa 9 jam. Bayangkanlah duduk dalam bas sampai 9 jam. Sangat-sangat meletihkan. Dahlaa sepanjang perjalanan tu hanya ditemani bukit-bukit batu, jurang-jurang dan kampung-kampung arab yang kelihatan sangat purba. Nasib baiklaa..aktiviti dalam bas pun agak best. Member Kosovo yang gila-gila tu pun boleh tahan. Pantang berenti mana-mana, mesti nak berjoget. Kat tandas awam, surau, restoran, stesen minyak. Huh!!.Agaknya kat negara diorang ni memang dah budayanya kalau seronok msti nak berjoget. Tapi seni jugak tarian adat diorang ni. Ada gaya jugaklaa..Tapi ada rupa tarian Yaman sikit, Cuma tak pakai jambia je. Kita orang Malaysia ni sapelaa…sangat yang tau tarian zapin kan?. Dahla lembut semacam je. Hehe..

Sampai di Aden jam 1.30 pagi. Ingat Unv dah buat urusan hotel. Rupanya sampai sana baru nak buat urusan cari hotel. Adusss…Arab ni mana-mana pun urusannya lembap. Dipendekkan cerita, last-last tido atas pasir tepi pantai. Letih punya pasal, tak de hal laa…Member2 semua berjihad dengan nyamuk. Tapi ntahlaa…,rasanya tak de pun nyamuk yang berkenan dekat saya ni. Keesokan harinya pagi-pagi lagi dah turun mandi laut. Lepas zohor dan selepas bertukar warna menjadi hitam menawan, barulah dapat cari hotel. Tiada yang lebih bermakna selain dari tidur dalam keadaan letih dan kenyang..huhuhu..

Aden ni sebuah negeri di selatan Yaman. Cuacanya sama macam Malaysia. Cuma mungkin best sikit kat Aden ni kot. Panas Malaysia pedih sangat sekarang. Lama dah saya tak berpeluh. Datang ke Aden boleh merasa nikmat berpeluh lagi. Bandarnya lebih tersusun jika nak dibandingkan dengan Sana'a. Satu-satunya negeri di Yaman yang pernah dijajah British. Sebab itulah pemikiran diorang ni agak maju. Kalau di Sana'a, semuanya nak ikut kepala dia je. Rasa dia aje yg betul. Rumah-rumah dan bangunannya pun agak bersih dan tersusun. Ada rupa Malaysialaa..Cuma penduduknya saja yang kurang mesra. Ada sedikit hampehlaa. Tak taulaa sebab apa.

Ala kulli hal..saya tak nak cerita panjanglaa..sebab memang tak berapa ada masa nak cerita panjang. Malas pun ada. Nak letak gambar ajelaa..Kata orang, seribu gambar pun dah cukup untuk menceritakan seribu makna kan?. Biarkan gambar yang berkata-kata. Lagi baik. Sayonara...

Bola sepak pantai...saya tak main pun, sakit kaki..

Gusti air..kita lihat siapa yang kenaaa..

Di Aden Mall

Ngan Member2 Kosovo yang gila2..

Roti Yaman..Makan sekeping, cukup sehari.

Ustaz Yahya belanja makan bross..


Tahun Depan Kita Jumpa Lagi..InsyaAllah...

Friday, September 5, 2008

Kembara-Ibb Ardhul Khadra'

Salam untuk semua..

Alhamdulillah...kali ni ambe berjalan lagi. Tiada yang lain hanya berjalan dan berjalan..Hehehe..

Kembara kali ni menjengah bumi Ibb di Yaman. Salah satu negeri di Yaman yang diiktiraf negeri yang paling hijau dan paling banyak menerima hujan di sepanjang tahun. Perjalanan dari Sana'a ke Ibb mengambil masa hampir 5 jam. Sepanjang jalan ke sana dipenuhi kebun2 menghijau. Memang agak berbeza dengan mana2 negara yang telah ambe lawati. Sistem pertanian yang digunakan masih lagi seperti zaman purba yang lalu. Tradisional, unik dan klasik. Menimbulkan suasana lama yg agak seronok klau dihayati..

Ambe malas nak tulis panjang2 kali ni. Nak upload gambar je buat tatapan pembaca. Letih nak tulis panjang2..Hehehe..


Pemandangan biasa disepanjang perjalanan dilereng gunung2.


Sepanjang perjalanan, bas yang kami naiki melalui lereng2 gunug yang sangat curang. Bayangkan!, jarak dari bas dan jurang ditepi kurang dari satu meter. Tanpa divider!!. Setiap kali bas ni ambil selekoh, kami bertakbir dan mengucap panjang. Drebar kerja dia gelak je melihat gelagat kami. Hampesh!!..


Kalau di Malaysia, yang dok serabut2 tengah jalan tu lembu dan kerbau. Kat sini unta pulak yang serabut. Sekali kami lalu, masing2 macam orang jakun tak penah tengok unta. har..har..har..


Suasana indah dari puncak bukit di Bandar Ibb. Kota Ibb yang sayup mata memandang.


Bahagian depan bukit di Bandar Ibb tu menhadap kota, bahagian belakangnya pula terserlah kebun2 yang semacam berbentuk kontur. Sungguh unik!!. Pandai sungguh diorang nih!!.Subhanallah..


Mari..Mari!!, peria cicah garam!!. Goreng pun sodap!!. Salah satu makanan pelik orang Yaman. Tapi yang bestnye..perianya tak pahit. Sedap pulak cicah dengan garam. Beso pulak perianya..


It's a bird!!. No!, It's a plane!!. No!!, Its Suppermaaaaaaaaaaaaaann!!...Up Up Pass Awayyy!!!..

Acara terakhir kami setelah puas round2 puncak bukit ialah perlawanan bola sepak antara "Team Bebudak Melayu" VS "Team Bebudak Ibb". Peralawanan yang sangat sengit!!. Pasukan Bebudak Melayu sungguh hebat, tangkas dan lincah walaupun bukan di gelanggang sendiri. Keputusannya Bebudak Melayu berjaya dikalahkan dengan mata 5-1. Har..Har..Har..Tu sebab ambe tak masuk tu. Kaki ambe terpeleot main bola minggu lepas. Kalau taaaakkk...,tak nak cakaplaa..(",). Ambe jadi pengurus pasukan je tukang kutuk tepi padang. Hehehe..


" Bebudak Melayu" VS " Bebudak Ibb"..Diorang menang kes main bola atas pasir kasar dan hitam je..Kalau main kat padang bukit payong..Sure depa kalah punya..

Kembara kali ni keje naik bukit turun bukit je. Banyak bukit2 dan jurang2 yang diredah. Kalau nak letak gambar ni banyak sangat lagi nih!. Baru letak 1% dari 100% ni. Rapat senja, barulah kami bertolak pulang ke Sana'a. Rehlah kali dianjurkan oleh ustaz Muhammad, pengetua Markaz Lughah. Sporting jugak dia. Tapi kesiann..asyik terkena je dengan ambe dalam bas. Tulaa..jangan cabar ambe berteka teki. Bukan senang nak tukarkan teka teki melayu ke dalam bahasa arab. Hehehe..Ala Kulli Hal..Musafir kali ini berjaya merapatkan ukhwwah ambe dengan sahabat2 yang baru sampai dari Malaysia. Majoriti mereka dari Malim Nawar. Sebelum2 ni tegur2 camtu je. Alhamdulillah..ambe berjaya menambahkan kawan lagi.


Ukhuwwah Fillah..Wa Bihablillah..Sayonara Ardhul Khadra'..

Jaa!!..Salam..

Wednesday, August 13, 2008

Kembara Al Hajari- Part 2

Sambungan dari yg lepas...

Selepas puas berkejar-kejaran menangkap gambar yang suka kesana kesini, kami meneruskan perjalanan ke Syalalah Kaukaban. Syalalah atau bahasa melayunya air terjun. Agak melucukan, ketika berada di Syria dan sebelum pulang ke Malaysia, Ambe pernah berazam untuk balik dan mandi di air terjun Sekayu atau mana-mana air terjun. (gian nak mandi air terjun!.) 8 bulan di Malaysia, hasrat itu tak kesampaian berikutan kesibukan yang terbuat-buat. (Huhuhu..). Tak sangka pulak, ianya tertunai di Yaman.

Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam setengah. Tapi tak terasa langsung kerana aktiviti di dalam van yang agak menyeronokkan. Masa yang ada diisi dengan aktiviti kuiz dan teka teki. Muslim yang berbangsa Melayu Champa kelihatan agak petah menjadi pengacara sehinggakan mas’ul kami Ust Syed Azwan yang berada dihadapan terpaksa berpaling kebelakang dan melupakan isteri tersayang disebelahnya. Kembali menjadi bujang tanpa disedari. (Haw haw haw!!). Ambe agak bengang kerana soalan-soalan yang Ambe tujukan kepada kumpulan lawan amat mudah dijawab. Teka teki maut Ambe yang berbunyi “sakit apa yang paling sakit” tu pun selambeerr je diorang ni jawab!!. Rasa-rasanya dah maut dah tu. Jarang orang yang dapat jawab. Bengang..bengang..Keputusannya kumpulan Ambe bukan kalah tak tak menang lagi. Har har har…













Terlupa nak layan isteri kat sebelah..huhu..













Pok Aji dah tumbuh tanduk..over exited dekpung!!. Ambik gambar sendiri..Poyoo!!..

Setibanya di kaki bukit Hajari itu, kami meneruskan perjalanan dengan mendakinya kerana ianya tidak boleh dinaiki dengan kenderaan. Pendakian mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju. Masu’l pendakian kami ialah seorang budak melayu bernama Alif, berumur lingkungan 9 tahun yang sudah tinggal diYaman semanjak dia kecil. Dia yang sudah beberapa kali ke Syalalah tersebut kelihatan agak arif dan masak dengan kawasan tersebut (budak pun blh jadi mas’ul ape!!).













Mas'ul pendakian..Alif. Kecik2 dah pandai cakap arab..













Daki..jangan tak daki..(bukan daki badan weh!!)












Nun di sana cite2 kita....
Sedang asyik mendaki bukit-bukit yang agak curang itu, Ambe rasa agak kagum dengan diri Ambe kerana mampu mendaki bukit-bukit dan jurang-jurang seperti ini walaupun agak tercungap-cungap mengambil nafas.. Sedanag asyik dengan kebanggan diri itu, ambe terlihat kelibat kanak-kanak arab yang kecil bermain di celah-celah batu-batu bukit yang lebih tinggi. Dalam hati Ambe berkata, anak bunian arab ke ni??. Paling ke kanan, di seberang jurang terlihat dua orang wanita arab sedang berjalan ditepi jurang. Seorang agak berumur dan seorang lagi seperti dara sunti. Yang membuatkan Ambe menelan air liur, mereka menjungjung guni yang agak besar di atas kepala. MasyaAllah!!, itulah!!, Allah tunjuk selalu kepada Ambe. Jangan dok bangga sangat!, Rasa malu dengan diri sendiri. Astaghfirullahalazim. Tapi pelik jugak, ada buat kebun-kebun ke di atas bukit-bukit batu ni?.














Selamberr..jek!!. Tak takut jatuh gaung ke??. Junjung guni pulak tu!!.













Nampak tak jurang kat belakang tu?..klu jatuh..kiok!!.


















Brader arab yang sungguh serius!!.
Alhamdulillah setelah puas meredai lurah, denai, jurang, onak dan duri (hehehe). Kami sampai ke tempat yang dituju. Tanpa membuang masa masing-masing menukar pakaian dan debush!!!!. Mujur Ambe tak terjun secara mengejut macam tu. Sahabat Ambe, Pok Aji yang tanpa segan silu terjun secara mengejut itu demam dan pening keesokan harinya.(Padan muka tak dengar nasihat orang!!.) Air yang teramat sejuk. Kalau nak dibandingkan dengan air terjun Sekayu. Ambe rasa 10 kali ganda pun lebih rasanya. Sejuk sampai terasa ditulang sum-sum. Ambe rasa Ambe hanya terjun ke dasar hanya 3 kali sahaja. Selebihnya hanya merendam kaki dan terketar-ketar di tepi kali. Hehehe. Nak turun sepenuhnya pun mengambil masa hampir sepuluh minit bimbang takut badan Ambe ni terkejut. Macam mandi air batu.

Rupanya air yang ada ini bukanlah air terjun, tetapi seperti takungan di dalam jurang bukit-bukit batu yang ada disini. Ianya memanjang dan membentuk seperti sungai kecil. Panjang jurang ini tak tahulah sampai ke mana. Menurut sahabat Ambe Muslim. Dia yang pernah mengikuti rehlah Markaz Dakwah terpaksa berjalan selama 12 jam melewati jurang-jurang bukit untuk sampai ke puncak bukit Kaukaban dan sungai itu masih memanjang. Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Biasanya Ambe hanya melihat pemandangan-pemandangan indah seperti ini di dalam tv sahaja.

Aktiviti di dalam air dipenuhi dengan acara mencari batu. Batu yang dibungkus di dalam plastik merah dan dicampakkan ke dasar. Ambe rasa sungguh hebat kerana beberapa kali batu itu dicampak, Ambe tak pernah pun dapat mencarinya. Wahahaha…hebatnya!!. Terlalu sejuk, tak tahan nak berada di dasar lama-lama.














Tempat badak2 melayu berkubang..sejuk ooo..

Setelah penat berkubang, tibalah acara yang boleh dikira paling menyeronokkan iaitu acara “meranggos”. Lauk ayam masak merah dan sayur goreng itu terasa amat menguji iman. Makan ketika lapar memang satu nikmat yang amat payah untuk diungkapkan. Makan secara berjemaah didalam talam membuatkan kami cepat kenyang. Mungkin itulah berkatnya berjemaah.













Ayam masak merah..sayur goreng..Kecurrr...













Ranggos..ranggoss.jangan tak ranggoss..
Puas meranggos, kami tunaikan pula kewajipan kami sebagai hamba. Solat berjemaah di tepi aliran sungai ini benar-benar menimbulkan suasana yang sunyi, tenang dan khusyuk. Mungkin inilah yang dikatakan oleh Abah Ambe sebagai muzik Tuhan dan alam. Bunyi aliran air, binatang-binatang kecil dan desiran angin memang mewujudkan satu suasana yang berlainan. Angin yang bertiup sepoi-sepoi language ini mencucuk-cucuk neuron-neuron deria Ambe. Sejuk sungguh!!. Seusai solat, kami diisi dengan tazkirah daripada mereka yang bakal pulang ke Malaysia iaitu Amir Afiq dan Ust Syed Azwan. Dalam ketenangan itu, ada dikalangan kami yang terlalu faham akan isi tazkirah dan sentiasa terangguk-angguk. Fahamnyoosss!!…kata pepatah budak-budak Yaman. Hehehe..Habis tazkirah kami disajikan pula dengan alunan nasyid daripada siapa lagi kalau bukan Ambe saje yang kena buli kalau bab-bab nasyid ni. Rasa nak “keppok je kepala si pengerusi nih!!. Ambe dendangkan pada mereka lagu Teman Sejati. Mujurlah diorang ni sporting jugak boleh jadi chorus. Hehehe..Taklaa..malu sangat. Poyonyeee!!….













Pengisian jiwa di tepi kali..tenangnyee..
Acara seterusnya diteruskan dengan acara bebas, ada diantara kami yang kembali menjadi badak air dan ada yang secara tetiba sahaja membuka acara kursus memakai serban Yaman. Time-time macam ni, banyaklaa..sahaja idea-idea yang timbul. Jam 2 petang kami mula bersiap-siap untuk turun dan kembali meneruskan pengembaraan.

Yang Ambe tak puas hati, macam mana pulak diorang ni boleh jadi mengantuuukk je semua. Masing-masing memberi cadangan supaya pulang terus ke Sana’a walhal ada satu lagi destinasi yang telah dirancang iaitu puncak gunung Kaukaban. Tinggal Ambe sorang je yang semangat nak pergi ke sana. Yang lain semua pakai bateri cap kodi!!. Anyway, ikut keputusan jemaahlaa.. Dalam van kami penuhkan acara yang amat menarik iaitu membuat tahi mata!!. Letih sangat ke??. Ambe tak boleh jadi pemenang kali kerana hanya mampu lelapkan mata sekejap sahaja. Yang lain berusaha dengan bermacam2 gaya. Ada yang ternganga, terlenggok, terperusuk ke belakang member, yang tido senyum sambil bertempek di tingkap pun ada. Sunyilaa..pulak van ni.Ambe penuhkan waktu Ambe dengan layan nasyid2 arab melalui mp3 Samsung Ambe. Lagi baik!!. Sampai Sakan…barulaa..Ambe boleh jalankan acara tindoss ni!!. Atas tilam!!, lagi sempoi……Jaa!!..






SEMOGA UKHUWWAH INI KEKAL BERPANJANGAN..AMIN..

Jaa!!..

Tuesday, August 12, 2008

Kembara Al Hajari- Part 1


Kabaretum??..Warastum ye tak??. (bahasa jawa yang diarabkan. Huhu..)

Lama sungguh Ambe tak mengapdek blog ni. Nak kata sibuk, memang sibuk sesangat. Tapi Alhamdulillah, dalam kesibukan itu masih sempat lagi untuk Ambe pergi jalan-jalan cari gaduh di sekitar Yaman ni. Sambil-sambil sibuk tu pun sempat lagi kadang-kadang layan cerita Lost buat penghabis nyawa, usia dan waktu-waktu yang boring.

Kali ni kawan-kawan Ambe telah mengajak Ambe pergi rehlah di beberapa tempat di Yaman ni. Destinasi kali ini ialah di Darul Hajar dan Syalalah Kaukaban. Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan menapak di Sana’a, Ambe berjaya keluar menghirup udara segar kampung.

Kami bertolak sekitar jam 7.15 pagi setelah menungu beberapa sahabat-sahabat yang lambat (termasuk ambe, tapi lewat 5 minit je). Janji dengan drebar arab tu pukul 6.30 nak bertolak, sedar-sedar pukul 7 suku juga. Kali ini, kami agak malu dengan arab yang sorang tu kerana biasanya orang arab yang lambat. Itulah yang dua tiga kali mas’ul rehlah kami Ust Syed Azwan bleberkan (bleber??..Huhu..)

Destinasi pertama kami di puncak sebuah bukit yang menjadi tempat perkelahan dan dari situ kami dapat melihat Darul Hajar dari pandangan atas. Kami tiba di sekitar jam 9 pagi. Hari ini Alhamdulillah cuaca mendung dan sejuk. Tak tahu kenapa, agaknya mungkin kerana semalam hujan. Pemandangan yang sungguh cantik. Kami dapat melihat landskap kampung arab yang agak unik. Pagar-pagar yang disusun tinggi dengan batu itu nampak seperti kotak-kotak yang disusun menjadi seperti jalan-jalan kecil. Kelihatan seperti tidak pernah berubah dari asal kewujudannya. Agaknya inilah juga susana asal Yaman di zaman dahulu. Ketinggian puncak dan dasarnya pada perkiraan Ambe mungkin mencecah 200 meter. Manusia dibawah sana kelihatan seperti anak semut.















































Muka-muka exited boleh ambik gambar

Setelah penat bergambar, kami meneruskan journey kami ini ke Darul Hajar. Bangunan istana yang pernah didiami oleh salah seorang pemerintah Yaman yang bergelar ulamak. Ambe cuba bertanya kepada semua sahabat-sahabat Ambe tentang ulamak tersebut, tapi jawapan yang diberi agak mengecewakan. Ada yang kata, “dok au gok!!”, ada yang kata “Sultan Yaman zaman dulu ah!”. Kalau orang yang agak lama berada di Yaman hanya mampu menjawab “ Sultan Yahya, pemerintah Yaman sebelum kerajaan Republik dibentuk”. Itu sahaja jawapan yang diterima. Ambe agak hairan, dalam ramai-ramai pelajar Malaysia yang ada di Yaman ini, dan ada ada diantara mereka yang banyak kali sampai ke tempat ini. Tiada sorang pun yang tahu walaupun nama penuh Sultan tersebut. Sejarahnya apatah lagi!!. Kecewa dengan jawapan-jawapan yang diterima, Ambe bertindak bertanya syeikh Ambe, Syeikh Sulaiman Abduh Al Ahdal seusai talaqqi dengannya.

Nama baginda ialah Sultan Imam Ahmad bin Yahya bin Muhammad Hamiduddin. Baginda ialah seorang faqih dan alim di dalam banyak bidang terutamanya feqah. Baginda dilantik menjadi Imam pada tahun 1949 bersamaan dengan 1370 M. Baginda berpindah ke Sana’a kerana menjalankan hukuman terhadap seorang wazir yang menjadi pembunuh ayahnya. Ayahnya Imam Yahya juga adalah seorang Imam. Baginda Imam Ahmad digulingkan pada tahun 1961 oleh seorang yang bernama Sallal. Selepas itu kerajaan Yaman ditukar menjadi Jumhuriah dan berakhirlah zaman Kesultanan Yaman. Baginda mangkat pada tahun 1963 kerana sakit. Maknanya 47 tahun yang lepas. Laaa…,ingatkan dah beratus tahun lepas. Baru sangatla lagi. Syeikh Ambe kata dia sempat berjumpa dengan Sultan tersebut. Itulah sahaja sedikit sebanyak maklumat yang Ambe dapat korek melalui syeikh Ambe. Rasa teruja untuk tahu lebih banyak lagi. Takkan mudah-mudah sahaja kesultanan Yaman digulingkan tanpa apa-apa perjuangan dan titisan darah. Perjuangan ulamak semestinya sentiasa berdarah kerana itulah ujian orang-orang yang mewariskan tugas ini kepada mereka.

Apa yang uniknya pada istana ini ialah pembinaanya yang berada dipuncak sebuah bukit kecil yang agak tinggi dan tidak ada piling dan apa-apa dasar yang kuat yang membolehkan ia tetap berdiri. Tidak seperti bangunan-bangunan lain yang memerlukan besi-besi dan sokongan-sokongan yang lain dari dasar bangunan tersebut. Namun istana ini tetap teguh berdiri menongkah abad. Nasib kami kurang baik pada hari itu kerana ianya masih belum dibuka kepada pengunjung. Kami hanya boleh bergambar disekitar kawasan luar istana tersebut. Rupa-rupanya ianya dibuka pada waktu petang. (Ish!!,malas betul puak-puak arab ni kerja. Ada ke waktu petang!.) Kawasan disekitar istana ini pada pemerhatian Ambe memang suatu ketika dahulu satu kawasan elit dan kerabat diraja kerana melihat kepada susunan rumah-rumah dan pagar-pagar batu yang agak bersistematik. Pokok-pokok yang tersusun seperti semulajadi ini mungkin disusun oleh arkitek yang ada ketika itu. Yang agak menghairankan, rumah-rumah lama disini masih lagi didiami oleh penduduk-penduduk disekitar kawasan ini. Satu suasana yang agak purba Ambe rasa.







































Bersambunglah pulak...Tunggu kembara dua k!!. Jaa!!.
 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .