Saturday, November 14, 2009

Lagu Tema PERMAYA




Salam Alaikum..

Inilah lagu Tema PERMAYA yang baru..Dilancarkan hari inskpeksi PERMAYA baru2 ini. Sehari sebelum Inspeksi ianya selesai dicipta. Alhamdulillah...

Kepada sesiapa yang dengar lagu dari video ni..jangan gelak kuat2 sangat. Mula2 tu memang "bollok" sikit. Dah sehari mesyuarat sampai tersumbat kepala. Tetiba last program exco2 kena nasyid lagi...Sudah semestinya kebollokan itu diadaptasikan semahunya oleh para exco...Masa nasyid ni pun ramai yang dah balik..So, moodnya taklaa..berapa ada...

Ala kulli hal..Tahniah kepada para exco kerana berani menjadi artis pujaan ahli2 PERMAYA. Jangan lupa berlatih selalu..Tak lama lagi kita nak masuk studio buat recording..Amalkan gambir Sarawak ye..agar..suara sesedap Abang Presiden kite...

Mari semua..satukan tenaga..
Membulatkan tekad..Menuju cita-cita..
Rapatkan barisan..Satukan Ukhuwah..
Bersama Mengorak langkah...
Menuju Allah..
Kami Sedia Berkhidmat..Untuk Agama..
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman..
Maju Kehadapan..
Tetapkan Fikrah..
Mengikut Ajaran Rasulullah..
Kita Tautkan Jalinan Ukhuwah..
Manifestasi Keutuhan Ummah..
Korbankan Harta..
Walau Jiwa Dan Raga..
Pertahankan Syariat Allah..
Hingga Ketitisan Darah..
Penuhkan Ilmu Didada..
Kukuhkan Iman Dijiwa..
Agar Amalan Diterima..
Demi Matlamat Mulia..
Ukhuwah Dieerat..Menjulang Syariat..



Hak Cipta Terpelihara PERMAYA 2009/2010

Thursday, May 7, 2009

Selamat Berjuang



selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku..Takziah dan tahniah. Jagalah amanah yang terpikul. Innaha Taklif..Walaisa Tasyrif...Walaupun kita belum di medan yang sebenar, janganlah menganggap latihan ini sekadar melepaskan batuk di tangga. Kerana sambil lewa di padang latihan kadang-kadang menbawa maut dan penuh penyesalan...Salam perjuangan...AllahuAkbar!!.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. - Al Ahzab

Thursday, April 23, 2009

Salam Muktamar PERMAYA kali ke 12

Jasamu Dikenang...

Salam Muktamar Agung PEMAYA kali ke 12 kepada semua ahli PERMAYA.. Semoga Pebincangan kita ini membuahkan hasil yang lebih baik untuk PERMAYA dan untuk Islam umumnya..Teruskan Pejuangan!..Allahuakbar!!..

Monday, March 16, 2009

Kursus Kewartawanan PERMAYA 09


Alhamdulillah..Setelah bertungkus lumus hampir seminggu, Kursus Kewartawanan Permaya dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun masa yang diperuntukkan untuk kerja-kerja persediaan agak singkat, namun berkat kerjasama dan muafakat ad hoc program, kursus ini berjaya di adakan.

Program yang bermula jam 8.30 pagi di Dewan Wahah Zaitun, Muassasah Al Quds itu dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program dan seterusnya terus kepada pengisian dari pembentang. Rasa agak istimewa bila Duta Besar Malaysia di Yaman sendiri yang memberikan pengisian. Tak sangka Tuan Duta rupanya lepasan ijazah sarjana muda jurusan kewartawanan. Saya sangkakan dia ini lepasan sains politik ke atau mana-mana pengkhususan yang agak munasabah dengan professionnya sekarang. Apa-apa pun, memang kena sangat dengan orangnya. Tahniah dan ribuan terima kasih dengan pengisian yang cemerlang. Alhamdulillah, ianya berjaya membuka mata kami tentang profession kewartawanan yang sangat mencabar. Manalah tahu selepas ini ada wartawan berjaya di kalangan pelajar-pelajar Yaman.


Suasana ceria ketika program..
Program berjalan dengan agak ringkas tetapi padat dalam suasana yang sangat ceria. Mujurla Duta ini agak pandai melawak. Perbentangan hanya dengan dua slot. Slot teori dan praktikal sahaja. Nama saya dijual dengan agak ghairah dalam pembentangan beliau. Agaknya itulah nasib pengarah kot. Alhamdulilah, sebelum azan jumaat berkumandang, program sudah berakhir dan tepat pada masa yang ditetapkan.


Tokey nasik ayam..dan AJKnya yg cemerlang!!.

Rehat..rehat.sebentar..
Wajah-wajah ceria peserta

Cenderahati kepada Duta
Sebahagian AJK program dan peserta

Apa-apapun, jutaan terima kasih kepada ad hoc program yang sangat bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Tanpa kalian, pening juga kepala saya nak memikirkannya terutamanya kepada Fizal yang berjaya menyediakan nasi ayam kepada para ad hoc pelaksana di akhir program dengan ucapan "saspeklaa..kat enta!!". Kepada sahabat-sahabat peserta, InsyaAllah kita akan menyerahkan sijil-sijil penyertaan kepada antum pada mesyuarat agung Permaya nanti. Jazaakumullah Khair…Komwapta!!...

Monday, December 15, 2008

Sambutan Aidil Adha PERMAYA 08


Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...

Sekalian puja puji dan kebesaran hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam..Inilah dia kemeriahan sambutan Aidil Adha di bumi Yaman. Bermula jam 6.30 pagi lagi sudah gegak gempita laungan takbir berkumandang dipelusuk bumi Yaman. Pada hari itulah juga sekalian manusia di bumi Makkah berbondong-bondong berkumpul di Mina menginsafi diri dan mengisytiharkan perang sehingga mati kepada Syaitan dan Iblis laknatullah.

Bagi mujahid-mujahid ilmi di bumi Yaman ni..Kesempatan ini diraikan penuh bermakna dengan sambutan Aidil Adha di dewan kuaters bangunan pensyarah Malaysia di Yaman. Bermula dengan takbir dan solat bersama-sama hinggalah kepada menyembelih lembu kambing dan memakannya. Alhamdulillah tahun ini Permaya berjaya menumbangkan 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Penuhlaa..peti kami di hostel tu dengan daging. Tahanlaa...2 minggu kot. Ala kulli hal, saya tak nak berceloteh panjang. Cuti ni tak sempat nak update blog ni panjang2.Tak boleh rehat sangat sebab selepas cuti ni ada imtihan nisfi..Letih2 nak kena study banyak2...Benkyo!!..Benkyo!!...Apa2 pun..gambar2 nilaa..yg boleh saya uploadkan bagi banyak skit entry kali ini..

Ok..Salam Aidil Adha..Sesungguhnya Pengorbanan dan Perubahan Agenda Bersama..


Takbir dan Tahmid beramai2...Sayu...
Khutbah Hari Raya oleh Ust Mujiburrahman Ishak.Bekas calon PAS kaw Chenor,Pahang

Bergambar bersama Tuan Abd Samad, Duta besar Msia di Yaman

Tumbang!..tumbang!..Tumbang lembu!!..Allahuakbar..Kelihatan anggota Unit Amal yg berdedikasi walau dimana berada..hehehe...Tabik Unit Amal!!.
Mula mencinang dan melapah mangsa..har..har..
Serius..serius..Teka, apa yg sedang dilihat dan dipegang tu??..
Dah tinggal tulang daa...

Last program..memakan mangsa beramai-ramai...Alhamdulillah..

Tuesday, December 2, 2008

Sekitar Inkspeksi PERMAYA 08


Alhamdulillah..Persatuan Pelajar Malaysia Yaman PERMAYA telah mengadakan program Inkspeksi pada hari jumaat yang lepas. InsyaAllah..Muhasabah separuh penggal yang telah dijalankan akan dapat menjadikan Permaya lebih maju dan mencapai misi dan visi yang telah disepakati demi mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kepada pimpinan Permaya sesi ini..Mubarak Alaikum..Wa Waffaqakumullahu Fid Dunya Wal Aakhirah!. .Teruskan perjuangan untuk memartabatkan himmah agama ini..Allahuakbar!!.


Muka-muka penting & yang tak berapa penting..(",)
 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .