Thursday, November 26, 2009

Nak Berjuang..Kena Tahu Korban Perasaan..


Ukhuwah..

Satu lafaz yang sangat indah terbina dari lafaz yang indah..

Alhamdulillah..Allah masih lagi memberikan peluang kepada saya untuk merasa nikmat ukhuwah yang dibina diatas kasih sayang kerana Allah…

Pengalaman bersama sahabat-sahabat di bumi Yaman ini banyak mengajar saya erti ukhuwah Islamiah~Allah..Semenjak saya sampai ke Yaman selepas pulang bercuti ke Malaysia, Allah memberikan peluang yang banyak untuk saya menilai erti ukhuwah yang sebenar. Saya diberi penghormatan oleh sahabat-sahabat untuk menjadi tali penghubung ukhuwah yag agak retak. Walaupun tugas itu seharusnya diberikan kepada orang-orang yang lebih thiqah dari saya. Namun saya menganggap ianya satu latihan tarbiyah buat diri saya disini. Saya bertemu dengan pelbagai latar belakang dan kedudukan. Memerhati dan menilai. Melihat semuanya dalam diri saya..Mengajar dan mentarbiyah diri sendiri dan sahabat-sahabat. Semuanya ada hikmah dan mau’izah. Sungguh indah ukhuwah itu. Baru sekarang saya merasainya.

Kalau tidak ada kepahitan, kita tidakkan tahu nilainya kemanisan . Kalau tidak ada badai gelombang, kita tidak akan tahu indahnya ketenangan…Terkadang keretakan sebeginilah yang mengajar kita nilai dan erti indahnya ukhuwah..

Fitnah dan tohmahan yang berlaku antara satu sama lain semuanya dibina diatas dasar zhon dan sangkaan buruk semata-mata. Bila ianya tidak diurus dengan baik, akhirnya membawa kepada pecahnya nanah yang mebengkak. Memuntahkan segala keburukan dan kehinaan..Akhirnya menghapuskan madu ukhuwah yang telah sedia ada..Sungguh hebat perancangan syaitan…Membina ego manusia sehingga membuatnya lupa akan jawatan hamba. Mencanang berita tanpa difikir jalan Islam yang ada. Semuanya ini makar syaitan yang merencana..

Tapi bila hati bertemu hati..sayang bertemua sayang..ilmu bertemu ilmu..hamba bertemu hamba..Kasih kembali bertaut..Syaitan menggelupur kekalahan..Semuanya mengakui salah sendiri, melihat masing-masing kedalam diri..Membela sahabat yang dulunya dimusuhi..~Allah.Semuanya rahmat kasih sayang Allah yang merencana..

Mungkin inilah ujian Allah bila kita berazam untuk mengeratkan lagi ukhuwah. Memang PERMAYA pada tahun ini sejak dari awal pemerintahannya sesi ini asyik mencanangkan untuk menguatkan ukhuwat. Tema pun “ukhuwah dieerat menjulang syariat”. Inilah rahmat Allah, mahu melihat adakah betul niat kita dalam membuat kerja. Semoga dengan ujian ini Allah meletakkan kita dibarisan orang yang tidak “bercakap sahaja”.

Segala apa yang berlaku, membuatkan saya terfikir. Agaknya inilah juga keadaan yang berlaku dalam kelompok pejuang Islam di Malaysia, Cuma dalam lapangan dan skop yang lebih besar merangkumi semua peringkat yangberbeza-beza. Tidak adakah jalan ukhuwah Islamiah yang boleh membina kembali ukhuwah Islamiah yang telah sedia terjalin. Kadang-kadang terdetik dalam hati saya mengapa orang-orang sebegini berintima’ dengan jamaah. Apa niat dan tujuannya. Kadang-kadang saya mahu sahaja menjadi orang yang berkecuali. Tapi itu bukanlah sesuatu yang sepatunya. Saya yakin Allah bersama dengan orang betul-betul terbukti taqwanya kepada Allah dan semestinya saya akan mengikut orang-orang seperti itu.

Saya betul-betul baru bertemu nilai kata-kata murabbi saya disini. KORBAN PERASAAN..SEORANG DAI’E MESTI SENTIASA ADA SIFAT KORBAN PERASAAN..

Kadang-kadang kita dimanipulasi oleh perasaan. Memang selalunya kita berada dibawah telunjuk perasaan. Rasulullah semenjak zaman kecil lagi dilatih untuk mengorbankan perasaan. Bahkan sejak lahir..sehingga baginda dipanggil oleh Allah. Tidak semua perkara boleh dilayan..Kata-kata manusia tidak boleh dihalang. Lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan masalah mengata peribadi. Tidak semuanya mesti diambil tahu. Kalau sudah tahu, selagi tidak membawa kepada kerosakan pada perkara yang lebih utama, tindakan yang paling awla’ dilakukan ialah KORBAN PERASAAN..


Korban untuk perkara yang lebih utama.


Bila saya fikir-fikirkan hal ini..saya jadi takut. Bagaimana saya akan menhadapi suasana dan keadaan yang lebih besar dari ini..Bagaimana saya boleh berdepan dengan pelbagai perkara nanti. Bila sudah pulang dan mahu berjuang..Sudah tentu banyak yang perlu dikorbankan..Terutamanya PERASAAN. Apabila sudah berkeluarga..mendampingi masyarakat..bersama para pejuang..menghadapi masalah hidup..masalah diri..dan segalanya..Mampukah saya mengorbankan perasaan saya… ~Allah..Berikanlah saya dan sahabat-sahabat saya kekuatan untuk berkorban keranaMu..

SALAM AIDIL ADHA..SEMOGA PENGORBANAN NABI ALLAH IBRAHIM KHALILULLAH DALAM MENGORBANKAN PERASAANNYA MENJADI CONTOH IKUTAN BUAT KITA PEJUANG AGAMA ALLAH SWT...

Tuesday, November 4, 2008

Aduka..Dalam Kenangan..


Suara Imam mendayu-dayu mengimamkan solat subuh di Masjid Sakan Sinan Abu Luhum. Mata terbuka perlahan-lahan. Sudah terlewat. Tak sempat untuk berjamaah di Masjid. Dalam terpinga-pinga, sedar tak sedar itu. Tangan pantas mencapai handset dibawah bantal.Sudah pukul berapa?. Ah!!, ada mesej…

Al Fatihah buat sahabat kita Aduka Bin Alias bekas pelajar Syria yg telah kembali ke Rahmatullah pd pagi ini.Harap Maklum..

Sender:
Furqan
+967713485024

Received:
02:01:59am
4-Nov-2008

Tersentak saya ketika seusai membaca mesej dari Furqan itu. Macam tak percaya. Aduka??..Tersilap kooott…Kan ayahnya yang sakit sudah begitu lama. Lumpuh. Ni mesti tersilap berita ni. Hati saya berkira-kira menyedapkan hati.(terlupa seketika mati tidak mengira tua atau muda,sihat atau sakit) Saya berpaling bertanya hakim yang sedang kalut bersiap ke masjid. "Kim!!, Aduka meninggal??." Emm..Ana pun dapat mesej gitu gok" Betul ke dok tu??..Kan Ayah die yang sakit lama??.Jawab Hakim. Dia pun sama seperti saya. Emm…mungkin ayahnya yang meninggal. Jari lantas pantas menekan butang-butang di handset. Meminta kepastian dari Jai di Syria dan Suhaimi di Kemaman…Saya bersiap untuk menunaikan solat subuh. Solat pun tak berapa khusyuk..Aduka???...Mesej tiada balasan….

Beberapa ketika, handset Hakim berbunyi, mesej dari Taqi di Pahang." Zi, memang betul Aduka yang meninggal. Eksiden pagi tadi masa on the way nok gi Kudq. Dia ngan Amir Salam dalam perjalanan nak gi Terengganui" Kata Hakim..

Saya berteleku seketika..Innalillahi Wa'inna Ilaihi Raajiuun..Aduka dah tak ada….Al Faatihah….
Mati….Tahun ini sahaja dua orang rakan sebaya saya telah kembali ke Rahmatullah. 15 Ogos baru-baru ni Hazwan Shamsudin. Sekarang Aduka pula. Masing-masing meniggalkan dunia dalam keadaan orang berhajatkan kepada mereka. Hazwan yang menanggung isteri dan dua orang anak. Aduka yang terpaksa menghentikan pengajian di Syria dan menjadi ayah setelah ayahnya lumpuh serta mempunyai adik-adik yang masih kecil. ~Allah~Hebatnya ujian..Walaupun mengenali Aduka kira-kira setahun setengah cuma. Tapi kami berjaya bergelar sahabat..Baru sahaja jumpa dengannya di Mydin sebelum datang ke Yaman. Hakim lagi haru, baru petang semalam sahaja chatting dengannya..Pagi ini..dapat mesej dah meninggal..

Kita??..bila giliran kita??. Belum cukup apa-apa lagi. Banyak sangat lagi yang perlu ditampung. Betapa banyak ketaksiran diri. Sedangkan mati yang telah ditakdirkan semakin lama semakin mencari diri. Mati yang tidak mengira tua atau muda, sihat atau sakit, kaya atau papa, berdarjat atau keparat. Semuanya bakal bertemu dengannya..suka atau tidak, sedia atau sebaliknya.

Allahumma, Ikhtimlana bihusnil Khaatimah..Wala Takhtim Alaina Bisuu'il Khatimah…Allahumma, Ighfirlahuma War Hamhuma Wa 'afihima Wa'fu 'anhuma…Wa'ala..jami'iel Muslimiina Wal Muslimaati Fi Masyaariqal Ardhi Wa Maghaaribaha…Amin..Ya Rabbal A'alamin…

Wednesday, October 29, 2008

Sibuk Bangat..Very Busy..Masyghul Jiddan!!.


Salam Untuk Semua...

Nak ucap salam Hari Raya pun dah habis Syawwal dah. Selamat Bulan Zulqa'edah jelaa..Dah lama sangat dah tak update blog ni.Naik sawang dah..(seperti kata One Nur..Huhuhu..)

Dua bulan yang terlalu sibuk. Semenjak dekat nak raya sampailaaa..skrg. Bila datang ke Yaman balik ingatkan bolehlaa..release skit. Makin banyak. Kuliah, Urusan jamiah, visa, daftar hostel, daftar Zulqarnain ke Maahad Tahfiz dan universiti, persatuan yang tertangguh bertimbun2 dan beeeeeerrrrrmacam2 ada lagi!!.Naik semak hutan dah kepala ni.Tak tersusun..Nak mengeluh pun rasa kerdil sangat nak dibandingkan dgn kerja Umi Abah dan para pejuang Islam di serata dunia..Allah Yussahhil Umuuri..Ya Rabb..

InsyaAllah...bila dah stabil kehidupan nanti barulah Ambe akan teruskan balik nyawa blog ni..Ideanya banyak sangat tapi tak terkeluar lagi. Nantilaa..ambe try qadha balik. Huhuhu..

Allahumma Sahhil Umuural Muslimin..Fi Masyariqal Ardhi wa Magharibaha..Amin..

Monday, July 7, 2008

Ku Damba Keredhaan Di Dua Perhentian




Allahumma Baariklana Fi Syaamina….
Allahumma Baariklana Fi Yamanina….

Doa dari kalam junjungan mulia Muhammad SAW. Alhamdulilllah, Aku diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk merasai nikmat di dua negeri yang penuh berkat ini.

Hampir dua tahun aku bertapak di Syam..,aku kini merasai naungan langit Yaman. Perbezaan yang amat ketara aku rasakan. Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat peluang mengenal dunia arab. Tapi banyak kali aku terfikir, mengapa didalam berpuluh Negara arab yang lain, Allah letakkan aku disini. Di Syam dan Yaman. Aku telah berpeluang merasai bumi Mesir, Tanah Al Haramain, Lubnan dan Jordan, tetapi hatiku tetap di Syria dan Yaman. Mungkin ada kena mengena dengan sifat, tingkah laku dan kecenderunganku. Mungkin aku tidak layak dan sesuai dengan Al Haramain biarpun betapa bersungguhnya keinginan dan langkah buatku suatu ketika dulu untuk menuntut ilmu disana. Mungkin juga aku tidak akan betah di Mesir dan Jordan serta sudah pasti Lubnan langsung tidak didalam senaraiku.

Dua tahun di Syam ketika aku sudah betul betul jatuh cinta padanya, tanpa silap dan salahku Allah telah jadikan aku dikalangan orang yang diblacklist oleh kerajaan dan imegresen Syria. Aku dipaksa pulang ke tanah air. 8 bulan di bumi kelahiranku, aku merasai betapa hikmahnya kerja buat yang Maha Esa. Di sana Allah telah mengujiku dengan satu ujian yang amat hebat. Permainan hati yang hampir menyebabkan aku tewas dan hilang punca. Hingga kini kumasih mencari hikmah disebalik yang terjadi. Ku harap ia akan muncul tak lama lagi. Tapi sifat manusia yang terkadang memberontak, membuat aku seringkali mencipta hikmah sendiri. Mujurlah ia tak lama dan aku kembali berdiri sendiri. Apa pun percaturan Allah, aku yakin ada manis dan penawar disebaliknya. Betapa aku menghargainya walaupun pahit dan amat berbisa. Pengalaman yang tak mungkin ku lupakan selagi hayat dikandung badan.

Tak dapat kembali ke Syam, membuat aku diuji lagi. Monologku sendirian ketika itu mengundang benci diri dan pertikaian pada keputusan Allah. Aku bengang dan sangat marah. Tapi tidak tahu kepada siapa. Setelah dua tahun tidak dapat melanjutkan pelajaran, aku diberi peluang di Syam dan ku anggap berjaya disana., akhirnya tanpa silapku, aku terpaksa kembali memulakannya dari awal. Satu perkara yang tidak adil pada bagi aku pada ketika itu. Biarpun aku mebuat andaian andaian yang ijabiy, bayangan salbiy terlalu kuat. Aku kerap membayangkan diriku seperti watak didalam cerita fiksyen barat yang adanya dua malaikat. Di sebelah dikanan bersayap dengan baju dan bulatan putih membisikkan kata kata lembut dan positif. Disebelah kiri pula berekor dan bertongkat menghasut dengan bisikan jahat dan negatif. Mana mungkin aku mendengar bisikan Sang Ekor. Sudah pasti ku jentik hingga ke planet Musytari. Lucu sekali….Ternyata aku hanya memarahi diri sendiri. Ku intai sedalam-dalamnya maksud lafaz mulia kalam Ilahi :

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al Baqarah 216)

Teringat kepada kata kata sahabat baikku menerusi tajuk artikelnya “Rahmat Ujian”. Baru aku terfikir,mengapa tidak aku jadikan ujian itu sebagi rahmat?. Kalau aku redha dengan ujianNya, mungkin Allah akan lebih memandangku dan meredhaiku. Moga rahsia keagungan cinta Allah dan para Rasulnya akan dapat ku rasai cebisannya. Allahumaftah li abwaaba mardhhaatik. Amiinn..
Sehingga kini kurasakan aku hanya diuji dengan ujian dalaman bukan luaran. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ujian para pejuang Islam di medan. Lansung tak layak untuk dibuat perbandingan. Apa yang akan berlaku jika aku diuji seperti mereka??. Tak dapat aku bayangkannya..

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Al Ankabut 2&3)

Aku berkira-kira ingin terbang ke Yaman. Ditambah dengan masalah dan bengang tak dapat ke Syam mempercepatkan pertimbanganku untuk ke Yaman. Gambaran Yaman yang cukup menarik telah lama hidup gembira didalam benakku menerusi cerita-cerita dari abangku yang juga bekas pelajar Yaman membantuku didalam membuat keputusan. Aku yakin dengan keberkatan bumi Syam dan Yaman menerusi hadith-hadith Rasulullah. Aku bakal merasai keberkatan adik kepada Syam. Yaman…..

Sedar tak sedar, genap dua bulan aku di Yaman. Tiada kata yang dapat aku gambarkan. Segala ujian di Malaysia kurasakan amat berbaloi. Disini aku mendapat segala jawapan. Walaupun 100% hikamahnya belum kutemui. Aku merasai adanya ketenangan walaupun tingkah laku orang Yaman bagiku masih lagi agak primitif dan kemajuannya ketinggalan jauh dibelakang jika nak dibandingkan walaupun dengan bumi Terengganu. Ketenangan yang ku rasakan lain dari yang lain. Yang paling terkesan padaku ialah disini aku jauh dari maksiat pada Allah. Bagiku semua terjaga samada luaran mahupun dalaman. Benarlah sabda baginda Rasulullah SAW:

Iman itu Yaman…dan kefahaman itu Yaman…dan kebijaksanaan itu Yaman...
Rasulullah tidak pernah menjejakkan kakinya ke bumi Yaman, akan tetapi Baginda mengenalinya lebih daripada anak watan negeri itu. Salah satu mukjizat yang jelas terbukti dengan tersergamnya masjid Kabiir tepat berkiblatkan kaabah di bumi Mekah. Binaan mulia Sa’ad bin Abi Waqas aplikasi wasiat Rasulullah SAW ketika bertapak di Yaman. Aku kini sedang merasai serpihan dari mutiara hadith baginda SAW dan aku berazam untuk mengutip lebih banyak lagi untukku bahagikan pada anak watanku. Ternyata Syam masih belum mampu menanggalkan keras daki dosa dihatiku. Kukira waktu ini Yaman lebih bertenaga untuk mengerahkan kudratnya mentarbiyahku. Walaupun sehingga kini aku masih merasakan Syam terlalu istimewa dan nombor satu dihatiku, Yaman mampu mengubatinya. Perasaan istimewa ini abstrak dan tak mampu untukku jelaskan. Benarlah kata hukamak, Man zaaqa arafa. Siapa yang merasainya, dia sahajalah yang tahu.

Syam….akanku kembali padamu. Tapi biarlah ketika itu aku sesuai untukmu.
Yaman…didiklah diriku agar fitrah suciNya kembali padaku...
Ya Allah…jadikanlah keberkatan dua bumimu ini sebati denganku agar dapat ku lebarkannya di bumi tempat tumpahnya darahku…Amiin..
 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .