Monday, July 27, 2009

Liqa' IKMA (Ex IB&MTT) Pakat Turun Belaka Weh!!..


Lama sungguh tak update blog ni. Agaknya memang dicipta untuk tidak diupdate kot..Ingat bila balik Malaysia, masa makin banyak untuk menulis. Anyway, hanya orang yang membazir masa yang mengatakan tak cukup masa...Muhasabah...muhasabah..

Tak dapat nak tulis panjang..Banyak lagi awlawiyat nak kena buat. Cuma nak makulumkan pada sahabat sahabiah..Liqa' sulong IKMA (Lepasan IB & MTT) dengan Ayah Chik 9 hb ni kat Taman Melewar..Pakat pergi belaka weh..

Keluarga besar Muassasah Islamiah Berakan (kini YAKEP) bakal bertemu...Disana..ukhuwah dan cinta Islam mula berputik...Jupe Deme Semua Dinung!!...

Allahumma Innaka Ta'lam Anna Haazihil Qulub Qadijtama'at Ala Mahabbatik...

Sunday, June 21, 2009

Malam Nostalgia PLPDT-JOM JOIN!!



Salam sejahtera pada semua sahabat-sahabiah.

Patutnya takde entry dah blog ni minggu jihad imtihan ni. Tapi rasa bertanggungjawab pulak bila ada mesej kat chatbox minta tolong sebarkan program Malam Nostalgia Persatuan Lepasan Darul Taqwa (PLPDT) ni. Kesian pulak kat diorang. Nampak macam letih. Buat kerja tak ada gaji memang macam tulah...Lagipun kepimpinan kali ni nampak memang mantap. Saya dulu pun pernah jadi kepimpinan PLPDT. Tak silap tahun 2005. Cuma sempat hadir mesyuarat 2 kali agaknya masa tu. Saya kena pergi Syria. Tak sempat buat apa2. Lepas tu saya tak dengar lagi apa2 aktiviti. Agaknya memang tak de aktiviti langsunglaa..kot.

Masa kat Syria dulu, selalu je bincang dengan Jailani nak khidmat untuk Darul Taqwa dan ustaz-ustazah DT selepas habis study & balik Malaysia. Banyak yang dirancang. Last2, Jai yang balik dulu dan terbukti dia tak cakap saja. Memang khidmat untuk DT pun. Mubarak alaik ya Akhi!!.

Ala kulli hal..tahniah buat kepimpinan kali ni. Semoga terus thabat dan istiqamah. Ana tau memang tak mudah buat antum dalam keterbatasan yang sangat banyak. InsyaAllah, moga ianya menjadi noktah bidayah yang baru buat PLPDT dan semoga Allah membalasnya dengan sebesar2 ganjaran.

Alamak, dah banyak sangat dah melalut ni..sebenarnya nak promosi program PLPDT yang terbaru ni. Malam Nostalgia PLPDT bersama perintis-printis Darul Taqwa. Sedap bunyinya..Cuma saya tak faham apa maksud perintis tu. Program bersama student-student DT ke apa?. Tak bolehlaa..nak terangkan pada sahabat2. Segala keterangan ada pada poster kat atas. Program bersama Ustaz Harun Taib. Rugi kalau tak pergi tu. Kat restoran As Syakirin pulak tu. Makan sedap kat situ tu. Tak silap restoran Ibrahim tu. hehe. Kupon satu kepala 20 ringgit. Nak bawak family pun boleh. Program yang tentu2nya meriah, bermanfaat dan mengimbau kenangan lama DT.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana..Tunjukkanlah rasa sayang kita kepada sekolah yang telah mengenalkan pada kita erti Islam dan perjuangan..Berikanlah sekadar yang termampu. Ingatlah jasa ustaz-ustaz yang bersusah payah untuk kita pada zaman dan waktu yang sangat mencabar dahulu..Sekolah yang telah melahirkan beribu-ribu pelajar yang kenal perjuangan Islam dan memperjuangkan Islam..Yang memberikan kepada kita jutaan mutiara yang tak akan dapat dicari di mana2 sekolah kerajaan..Sama-sama tunjukkan komitmen kita pada DT walaupun kita bukan lagi pelajar DT. Jangan rasa malu untuk bertemu guru-guru kita dahulu. Kerana sekali mereka menjadi guru kita, selamanya mereka tetap guru kita walau sejauh mata kita terbang tinggi..Kenapa perlu malu..Tak ada sebab langsung untuk itu.

Sama-samalah hadir beramai2 ke majlis tu. Ajaklaa..semua kaum kerabat. Nak ajak kerabat diraja pun boleh. Saya klau ikut hati memang nak join sekali, tapi apakan daya. Jauh beribu batu..Kepada sahabat2 blogger ex DT, sebar-sebarkanlah program ini. Sebarkan perkara yang baik akan menatijahkan pada kita pahala dan ganjaran yang baik dunia dan akhirat. Sebarang maklumat lanjut, bolehlaa..melayari blog PLPDT- http://www.plpdt.blogspot.com/.


Guru Kunci Kejayaan Kami

Monday, June 8, 2009

Blackout..ooo..blackout..."tekkang"


Inilah suasana musim exam kat Yaman sekarang. Boleh dikatakan tiap-tiap malam blackout. cuma sekarang makin parah. Semalam start pukul 8.30 malam sampai pukul 6.45 pagi. Blackout paling panjang dalam sejarah keblackoutan saya kat Yaman ni. Sehari 3 kali blackout memang perkara wajib. Pagi, tengahari dan malam. Sekali blackout dua tiga jam pulak tu. Saya pun tau apa nak jadi dengan negara Yaman sekarang ni. Kalau difikir-fikir nak marah pasal tak ada letrik pun tak guna. Tapi "tekkang" jugaklaa..seperti kata orang Terengganu.

Biasa student2 arab kat hostel ni kalau time diorang exam, kalau blackout, diorang akan menjerit beramai-ramai sampai dua atau 3 blok hostel pun pakat jerit. Memang sebijik macam orang tak betul. Lebih teruk lagi dua bulan lepas diorang buat demontrasi hanya sebab tak ada letrik. Habis kereta-kereta dekat tengah jalan diorang sekat sambil beramai-ramai tembak ke langit dengan pistol. Malam selepas tu, beratur polis pakat jaga jalan. Lawak betul. Kalau pelajar universiti boleh berperangai macam tu, orang kebanyakan apatah lagi. Memang negara arab paling koboilaa..


Tadi saya ada bersembang dengan beberapa orang sahabat dan pensyarah2 Malaysia selepas majlis tahlil untuk Pakcik Ismail yang meninggal semalam.(Al Fatihah). Ada yang kata masalah letrik ni berpunca dari masalah minyak yang semakin kering kat Yaman ni. Yaman ni guna letrik bukan dengan kuasa hidro macam Malaysia, tapi guna minyak untuk jana kuasa letrik dia. Dengan masalah harga minyak yang naik lagi, masalah ni tambah parah. Diorang cakap mengikut sumber2 yang agak sahih, minyak di Yaman ni hanya boleh cukup untuk bekalan selama 15 tahun sahaja lagi. Sumber ni pun datang dari arwah yang ceritakan perkara ini pada sahabat saya tu. Arwah pun penasihat syarikat petroleum Yaman. Agak2 sahih jugaklaa berita ni.

Apa2pun, dalam bengang2 tak ada letrik ni,boleh jugak merasa belajar dengan lilin. Agaknya inilah yang dialami oleh mak dan ayah2 kita dulu2 kan?. Diorang baca buku sebab memang nak baca buku. Memang ikhlas belajar. Kita sekarang, kalau bukan sebab exam, memang jangan haraplaa..nak pegang kitab baca tengah2 gelap macam ni. Pantang blackout je, cari Syeikh Batoniah As Sariri, krooh sampai subuh..Cerah masa depan..hehehe...

Sunday, March 22, 2009

Tag - Jawab..Jangan Tak Jawab..

Gambar ni diambil dekat Bloudan. Sejam perjalanan dari bandar Dimasyq Syria. Masa ni pegi holiday main salji. Muaz kata, Fakhrul, Hang tolong ambil gambaq ana jap. Cantik bawah tu!!.hehe. Ni housemate saya masa kat syria, Muaz bin Hasan. Org kedah. Orangnya skli pandang, nmpak macam matang, tapi sbenarnya buat2 matang je..Budak lagi..Hahaha..Minat sangat2 dengan nasyid. Pandai jugak buat harmony. Satu2 lagu yg dia reka. "Ya Man Yara". Tapi dok ulang tiga patah perkataan tu je sampai habis lagu tu. Siap recording guna komputer lagi. Suka sangat boleh buat lagu 3 patah. Kenal dia hampir dua tahun. Memang rapat. Habis smua adik bradik dia saya tau. Start dari kakak sulung yang namanya..Aaachom!!...(terbatuk plak) sampai bongsu. Tapi kedekut kakak. Sampai abang Fakhrul yg thiqah ni pun dia tak percaya. hehehe..Skrg dah tahun 3 kuliyah Dakwah kat Mujamma' Abu Nour Syria..Mana2 yang berkenan..contactlaa ye!!. Apa2 pun mmg best berkawan ngan dia...


Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder
.4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Tak penah2 teman menjawab ni yeop!..Hehe..Tapi tak pelaa..skali.skla rilex bl jugak. Lagipun nak letak entry lain yg berjela2 tak sempat lagi. Baik ada dari tak ada. Tag ni pun ok jugak. Tak laaa..ada soalan2 yang mengarut. Kreatif lagi.hehe.

Tag ni diterima dari Narumi. Miggu lepas lagi. Sekarang baru boleh sambut. Sebenarnya ada satu lagi tag dari nasikerabupero, tapi tak dapek den nak membalasnyo aih. Panjang sangat. Lagipun dia kata tak wajib.hehe. Sori ye Kak Nasi,(nasi??). InsyaAllah, kalau ana dah pandai buat readmore nanti boleh jugak kot. Apa-apapun...dengan rasa bestnye saya menyerahkan tag seterusnya kepada

na5wa (tokey gambar bijok sedunia)
abuimanharith
saffaasrar
alwatary
alongwairnazz
attakiri


Sori Ad,promosi enta..dah kena tag..jawablaa..apa2 pun enta kena berterima kasih kat ana, sapa lagi nk promosi enta klau bukan ana sorg je satu2nya yg sanggup dlm dunia ni.

Friday, March 6, 2009

Release...Release...


Alhamdulillah..lama sudah saya tidak mencoretkan sesuatu didalam blog ini.Segala kesibukan telah berlalu. Hidup telah kembali seperti sediakala. Hampir 3 minggu exam. Kepala pun dah semakin sejuk. Kalau sibuk pun, akan sibuk dengan persatuan. Tinggal lagi menunggu dan menanti keputusan. Kata orang penantian itu satu penyiksaan. Tapi bagi saya penantian itu juga satu kebahgiaan. Tanpa penantian takkan ada kemanisan pengakhiran. Hidup dalam penantian..adalah hidup dalam kebahagiaan dalam mencari kemanisan. TIdak semestinya yang manis akan sentiasa manis. Terkadang pahit juga bila sampai waktunya akan menjadi manis. Semoga pengakhirannya adalah satu kemanisan…InsyaAllah.


Baru-baru ini selepas selesai sahaja imtihan, saya telah mengikuti Daurah Ma'arif Maqdisiyyah anjuran Muassasah Al Quds Yaman selama 3 hari. Kursus pengetahuan dan hal ehwal Palestin itu benar-benar membuka mata hati saya tentang situasi dan apa yang berlaku di Palestin sejak bermulanya zaman nabi Adam sehingga ke hari ini. Betapa kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dengan perjuangan orang-orang terdahulu. Bersemuka dengan musuh yang tak akan meredhai Islam selagi tidak menuruti mereka. Betapa tidak bergunanya seseorang Islam jika mereka tidak ada saham didalam memperjuangkan Palestin seumur hidup mereka. Perjuangan untu kiblat pertama dan noktah bidayah kemenangan Islam. InsyaAllah..selepas ini saya akan cuba berkongsi dengan sahabat-sahabat semua tentang apa yang telah dipelajari didalam kursus tersebut.


Apa-apa pun seminggu dari sekarang, saya akan lebih sibuk lagi. Blog ini akan naik sawang lagi. Hidup kalau tak sibuk rasa tak berguna. (Hehe). 13 hb ini saya terpaksa mengemudi sebuah program besar PERMAYA iaitu kursus kewartawanan. Bukan itu sahaja, banyak lagi tugas yang terpaksa dipikul dipundak ini. Terasa semakin banyak tanggungjawab yang perlu ditanggung. Membentuk manusia bukan seperti mengajar burung bercakap. Bagaimana mahu membaiki manusia sedangkan diri sendiri pun belum dibaiki. Apapun..,seperti kata seorang sahabat, "inilah masa terbaik untuk membetulkan semua yang bengkok".InsyaAllah akan terus ke depan dan jangan pandang belakang….(hehe).

Allahumma Thabbitna A'la To'atik..

Monday, February 2, 2009

Askar Kenit??..

Salam alaikum…

Bertemu kembali di arena perblogan ini..Lama sangat dah saya tinggalkan blog ni bersawang-sawangan..huhuhu..Nak kata sibuk, memang sibuk bangat!. Nak kata tak sibuk..Pheww!!..Sibuuuk. Kehidupan student luar negara ni tak tahu apa yang sibuk sangat, tapi yang pasti memang sibuk. Macam-macam urusan yang disibukkan. Tapi bila difikirkan, seperti kata antusufi dalam blognya, naqlan dari kata budakgemok…"Hanya orang yang sibuk sahaja yang mempunyai masa".Huhuhu...Ape-ape ajelaaa…Yang penting, sibuk itu memang best!!.

Macam-macam peristiwa yang berlaku dalam fatrah sebulan sibuk ni..Hal Gaza, Abah ke Palestin, kemenangan bergaya Pas di PRK Kuala Terengganu, imtihan nisfi, urusan persekolahan Koneng yang bermacam-macam ujian, sahabat junior Allahyarham Hatta meniggal di Mesir dan macam-maaaacam lagi. Tak sangka dalam masa sebulan tu banyak sangat perkara yang berlaku. Sekarang jadual exam akhir sem ni dah keluar.16 hb 2 sampai 1 hb 3 ni. Saya yang ambil maqasah ni terpaksa struggle lebih dari orang lain. Tapi inilah keseronokan hidup sebagai student…Pelbagai perkara mesti ditempuhi. Asam garam manis kehidupan untuk persediaan kehidupan di medan akan datang..

Dalam pening dan letih-letih otak ni, mujurlah ada seorang sahabat hantarkan gambar anak-anak saudara di Malaysia. Bak kata Ateh, askar kenit!.Hehehe..Betullah kata orang, tengok muka orang yang tak ada dosa ni boleh menyejukkan hati..Nabhan dah masuk umur 3 tahun. Sanah Hilwah Ya Nabhan!!. Tinggi pun dah masuk 191 cm. Hehehe..makin nakal. Umai pulak dah pandai berdiri. Ntah boleh berjalan ke tidak lagi. Nampak berjuruh sangat budak ni sorang…Semoga kalian menjadi pembawa panji-panji Islam di akhir zaman yang penuh mencabar ini.

Saturday, November 8, 2008

Kecilnya Dunia..Ukhuwwah Fillah..


Assalamualaikum..

Entry tentang ni sebenarnya lama dah terlintas di hati nak publishkan. Sejak bulan puasa hari tu lagi. Tapi dengan kesibukan yang teramat2. Tak dapat jugak nak laksanakannya..

Ni kisah pertemuan dengan Syauqi. Sahabat seperjuangan saya yang sudah berkurun tak jumpa. Hampir 8 tahun. Nak dijadikan cerita, hari tu selepas sembahyang jumaat di Masjid Bukit Tinggi Klang, saya keluar melalui pintu utama masjid. Macam biasalah ada tong mintak derma di pagar masjid. Hari tu Allah takdirkan mata saya saja mahu membaca siapakah gerangan pemohon sumbangan. Tertera di tong tersebut..Mohd Syauqi Hj Ismail. Mohon bantuan sumbangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat MA Universiti Al Azhar. Tertulis sekali nombor telefon di tong tersebut. Macam ku kenal nama ini,tapi dimana ya??.. "Bin"nya pun serupa. Saya lantas menyimpan nombor tersebut didalam handset dan menghantar mesej kepadanya. Sah..dia rupanya. Kecilnya dunia. Malam tu kami bersembang sampai larut malam di sebuah restoran di Klang. Dia masih lagi lawak seperti dulu. Cuma ilmu "ngepong"nya semakin maju."Ngepong-ngepong" ilmiah!. Dah ambik MA dah dia. Saya jugak yang masih jauh ketinggalan..malu..

Pertemuan terakhir dgn dia sblm ni pun smacam jodoh jugak. Rasa-rasa,3 tahun yang lepas masa dengar dia balik dari Yaman dan datang ke Terengganu, saya bertekad nak pergi jumpa dia walaupun tak tahu nak jumpa kat mana. Masa tu dalam kepala ingat rumah abang Ipar dia, Ustaz Wan Syukairi kat Losong. Losong mana wallahua'lam!. Tengah bawa moto pening2 fikir nak tanya orang2 kampung kat Losong yang ber"losong-losong" tu, melintas dihadapan saya kereta Iswara hijau.(Ustaz Wan Syukairi sorang je pemilik Iswara warna hijau kat Terengganu). Saya berusaha mengejar kereta tersebut dan memang betul Syauqi ada di dalam. Dia dalam perjalanan balik ke Melaka. Rezeki Allah bagi jumpa tepi jalan.

Pertemuan pertama dengan dia pun semacam jodoh jugak. Seingat saya tahun 1997. Masa Jambori Unit Amal Kebangsaan di Pahang. Ingat lagi masa tu..dia asyik tengok saya dan saya selalu je tengok dia. Senyum-senyum sahaja kerana kontinjen negeri kami sebelah menyebelah. Dia wakil peserta pertandingan azan amal walad Melaka dan saya wakil Terengganu B. Alim wakil Terengganu A.

Setahun selepas itu, kami bertemu lagi. Dia mendaftar tingkatan 1 di MTT. Saya senior setahun dan bermula disitulah ukuwwah kami. Tahun selepas itu,Alim pula berpindah dari Darul Quran ke MTT. Tak sangka ukhuwwah kami terjalin sehingga menjadi rakan seperjuangan dalam Shoutul Amal dan Alhamdulillah ianya masih kemas terjalin sehingga sekarang. Pertemuan akan datang?..Tak tahu apa lagi jodoh dan kebetulan yang bakal datang..

Allahummaj Ma'na Wa Jamaa'atul Muslimiina Fi Jiwari Rasuululillahi Wa Tahta Zilaalullaahi Yaumal Qiaamah..Amiin..

 
Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul .