Salam untuk semua…
Sudah agak lama saya memencilkan diri dari arena blog ini. Seingat saya semenjak mula musim jihad exam awal bulan 6 yang lalu hinggalah sekarang. Bukan tiada masa, tapi tidak pandai mencuri masa. Tapi tak mengapalah, asalkan boleh mengupdate sedikit sebanyak ni pun kira bolehlah.
Saya kini berada di
Saya baru sahaja kembali dari MU atau Manek Urai. Tak sangka di
Secara keseluruhannya, suasana PR agak tenang kecuali di kawasan2 utama seperti di peti undi Peria. Saya “tawaf” di kawasan itu hampir 10 kali. Ketenangan suasana pengundian di ganggu oleh insiden baling membaling seperti yang dilaporkan dalam Buletin Utama. Saya tidak mahu mengulas panjang insiden ini. Cukuplah dengan mengatakan kalau di mata BN dan Buletin Utama PAS lah puak2 jahat yang memulakan segala kekacauan. Setaip kali PR di mana2 pun begitu. Biarlah, bukan orang dan rakyat tak tahu siapa yang sentiasa ganas. Insiden seorang pemuda PAS dibelasah oleh 2-3 orang pemuda BN tak dilaporkan pulak dalam Buletin ye!!. Kalau nak tau lebih lanjut tentang insiden ini, bolehlah baca di blog Cikgu Fauzi (cikgufauzi.blogspot.com)
Apa2 pun kemenangan sudah berpihak kepada PAS. Alhamdulillah..Walaupun Cuma dengan majoriti 65 undi yang boleh dikatakan sangat sedikit. Moga2 ianya menjadi muhasabah yang berterusan buat PAS Kelantan. Memang itu yang disebut2 oleh banyak petugas2 PAS yang ditemui khususnya yang datang dari luar Kelantan. “ InsyaAllah kita menang tapi biarlah dengan majoriti yang sedikit, biar Pas Kelantan sedar sedikit”. Itulah kata2 yang banyak diungkapkan. Saya secara peribadi juga merasa agak kecewa dengan apa yang berlaku dalam PR kali ini.
Dalam keseronokan memerhati itu, saya
Tetapi apa yang menjadi kekuatan kepada PAS di MU walaupun disogok sebegitu rupa?. Setelah melihat dan meniliti dengan baik, saya melihat PAS ada beberapa di Manek Urai dan beberapa perbezaan yang ada di MU membuatkannya sedikit berbeza dengan kawasan2 yang lain.
Pertama, majoriti penduduk MU adalah pendatang. Maksud saya bukanlah pendatang asing, tetapi orang2 yang bukan asal dari MU. Ramai dikalangan meraka yang datang dari luar kawasan MU seperti Pasir Puteh dan Bachok yang mana pengaruh PAS melalui keluarga asal mereka masih lagi amat kuat.
Kedua, penduduk2 MU ini kebanyakannya di”bela” oleh Kasedar. Tetapi yang menariknya kebanyakan pegawai2 Kasedar ini orang hijau. Walaupun mereka ditugaskan untuk membahagi-bahagikan barang sogokan kepada pengundi-pengundi MU, maklumat dan senarai nama penerima “bantuan” ini sampai kepada pihak PAS secara terus dan lengkap. Orang-orang yang menerima bantuan ini pula tetap mengundi PAS walaupun diberi dengan pelbagai pemberian.
Ketiga, walaupun penduduk2 di MU ini boleh dikatakan pendalaman dan mejoriti mereka adalah petani dan peneroka. Mereka ini berbeza dengan penduduk2 seperti mereka di kawasan2 lain seperti Kuala Berang, Ajil dan Jerangau di Terengganu. Kebanyakan merak aorang-orang yang agak kuat pegangan agamanya dan 80% dari mereka “orang surau”. Ditambah lagi kepala-kepala masyarakat seperti para Imam dan penghulu kesemuanya hardcore PAS dan menjadi rujukan utama orang2 kampung dan penduduk2 MU mendengar kata2 mereka.
Kesemua sebab ini mendorong dan menjadikan MU tidaklah menjadi kebimbangan besar PAS Kelantan untuk mempertahankannya dari ancaman BN. Tetapi keputusan PR semalam agak memeranjatkan mereka.
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh!!
* Gambar tak sempat upload, dalam kamera lagi. Belum transfer. Sory maa..
2 comments:
Ana setuju sangat-sangat...
Boleh lihat beberapa artikel dalam Harakahdaily sebelum penamaan calon lagi, riak-riak takbur tu dah ada...
Itu yang menyebabkan ana malas nak turun...
Maklumlah, kita tak diperlukan...
Orang dah rasa hebat..Nak buat camna. Harap2 Allah kuatkan lagi Jemaah dengan Tarbiyyah Ilahi yang seperti ini...
Post a Comment